Thursday, June 28, 2007

Marilah menghargai barang mainan dan berkongsi bersama anak jiran

Kisah ini berlaku di negeri IS-KETAM-BOLA

Abdul Wahub ada seorang anak yang bernama Suleiman Akhlaken.
Suleiman baru berusia 6 tahun. Tapi dia sangat petah bercakap.

Abdul Wahub teramat sayang akan Suleiman dan menjaganya seperti menatang (bukan binatang ckp bahasa ganung) minyak yang penuh. Segala kemahuannya dituruti.

Al Maklumlah, anak lelaki sulung seorang.

Hari2 Suleiman akan suruh Abdul Wahub belikan barang permainan. Oleh kerana beliau seorang hartawan yang kaya dan jutawan, takde la masalah utk dia beli kan anak dia.

Sampai lah satu hari, Abdul Wahub pergi ke store rumahnye untuk mengambil barang lama. Dah lebih 6 bulan dia tak pegi store sebab orang gaji je yang kemas and jaga store.

Bila dia bukak pintu store, habis semua barang jatuh ke atasnya. PENUH dan padat rupanya store rumah dia. DIPENUHI barang2 mainan si Suleiman.

Isk..isk..isk……pening kepala si Abdul Wahub sebab dia ingat kat bilik Suleiman je dah penuh barang mainan. Rupenye kat store pun dia buat personal storage barang mainan dia.

Maka, terpikirlah dia betapa banyak nye barang mainan Abdul Wahub. Dah lah tu..tak pernah main pun..masuk store jeeee…..Nak buat apa mainan banyak2 ni? Nak bagi kat adik, si Suleiman ni dah takde adik. Ye lah, mak Suleiman ni, si Enon tak nak beranak lagi dah..nak jaga badan katanye…

So dia pun panggil lah si Suleiman, untuk menerangkan masalah ini.

Abdul Wahub, “ Sulei, aboh tengok banyok doh barang mainang mung…penuh habih ghumoh kite. Store pung dok muak doh?”

Suleiman, “Alaa….aboh…tu semua doh beh doh…doh lame….doh bughok, outdated kate orang kolumpo”

Abdul Wahub, “ Ginilah Sulei. Aboh sujjeh (suggest) kita dok yoh beli lagiloh mainang banyok2 ning. Bazir. Paka hok ade2 dulu. Nok banyok2 nok wak mende? Nanti bile2 kite gi tamboh lagi deh? Hok ade tu pung, bukangnye nok share ngang jirang….”

Dengan selamba si Suleiman mematahkan kata2 bapanye..,” Alaaa..aboh ning…same le kite…aboh ngan Sulei dua2 nak benda lebih, tapi dok paka…dok share pung ngan kitorang”

Abdul Wahub,”Mende pulok? Nok bende lebih, tapi dok paka? Aboh ada satu bini je. Mok mung tu le..Nok share kemende?”

Suleiman, “ Ish..ke situ pulok….aboh tu, gi sejid (masjid) dengor kulioh agama, bace buku agame, bace kitak (kitab), bace kur ang (al quran), bace hadith, tgk al kuliyyah dan macang2 lagi sebab nok tamboh ilmu. Banyok doh ilmu aboh, tapi Sulei tengok aboh macang tu jugok. Dok buak pun hok ilmu2 tu suruh.. Doh guane? Aboh nok sipang (simpan) sapa bile? Syok kumpul ilmu, tapi dok amal hok ade2 ..dok buleh gitu aboh…."

GULP………terkedu Abdul Wahub. Memang benar kata anaknye…….Sungguh banyak ilmu yang dia dapat dari pembacaan dan pembelajaran.Tapi berapa peratus yang dia amalkan? Addusss……..

Contoh ilmu si Abdul Wahub:
1. Mengumpat itu HARAM dan berdosa serta menghapuskan amalan kebaikan.
Maka jauhilah mengumpat.
Kalau terbuat – Istighafar, mintak maaf

2.Haram melambat2kan solat dengan sengaja seperti tengok tv, berbual, bekerja
Maka solatlah awal waktu
Kalau terlewat, bila teringat2, cepat2 istighafar dan bersegeralah

3. Tengok perempuan (muka, mata, bibir, hidung, dada dan buah-buahannya, belakang, rambut, bontot, kaki, tangan, perut, tudung) Semua tu menghapuskan amalan kebaikan
Maka bila tertengok, or tersengaja tengok, beristighafarlah cepat2….dan berpalinglah, serta beringatlah akan siksa Allah segera…

4. Tengok TV( Drama, Movie , rancangan hiburan, iklan – yang ada unsur2 dedah aurat, menjolok mata, lagha, dunia, perempuan cantik, lucah, lalai, leka)
Semua tu dah terang-terangan berdosa.
Maka elakkanlah dari melihat rancangan2 yang tak memberi faedah, malah berdosa pula.

5. Dengar lagu (Suara2 lunak datin2 dan dato2 yang menyanyi, lagu memuji paras rupa dan kecantikan wanita, lagu2 ghairah, lagu2 cinta kepada bukan isteri , ibu, ayah, nenek, datuk, kakak, abang, adik atau anak.)
Semua tu nyata dan jelas dosa.

6.Pergi majlis hiburan, berkaraoke, campur gaul lelaki perempuan tidak berbatas, kata2 manis perempuan, IM, YM dan chatting.

7. Isteri tak pakai tudung. Minyak wangi menusuk hidung lelaki lain, lipstick merah menyala.

Itu baru 7 ilmu…banyak lagi ilmu Abdul Wahub yang simple2…dan ilmu yang berat2 pun banyak…

Tapi tak satu pun dalam yang tujuh ni Abdul Wahub buat…Sibuk nak baca kitab lagi, nak carik ilmu lagi..hadith lagi, jejak rasul lah….Tapi yang memang dah ada…..tak amalkan…..Nanti ILMU tu akan memakan diri sebab tak di amalkan. ngap..ngap..ngap..

Apakah jenis peringatan lagi yang Abdul Wahub dan kawan2nye yang duk tengah membaca ni nak??(termasuk aku..aku la kawan abdul wahub) Aku pun samaaaaaa……Aku punnnnn….. Apa yang payah sangat nak paham dan buat?? Itulah….selagi tiada hidayah dan taufiq dari Allah….
Selagi itulah Syaitan akan bermaharajalela dan menipu kita…. Cam mana nak dapat hidayah Allah supaya diberi kekuatan?? kena ada 2 benda iaitu KEINGINAN dan PENGORBANAN..

Marilah….marilah….marilah…bersama mengamalkan ILMU supaya dapat menambah ketakwaan dalam diri dan menaikkan IMAN…

Jangan tunggu lama2…….

p/s – aku yang sedih sebab ramai orang di sekeliling abdul wahub meremehkan peringatan-peringatan ‘picisan’ seperti ini (mungkin) ? Adakah Suleiman akan meminta barang mainan baru tanpa menghargai barang mainan lama? Dan adakah dia akan berkongsi mainannye bersama rakan2 sejiran?

.......adakah akan bersambung di episod akan datang?? yaa..akan bersambung mengenai KEINGINAN dan PENGORBANAN..nantikan..insyaAllah kalau aku belum menjadi mayat dalam masa terdekat..ohhh...

La Tahzan Part I

(Mengapa bersedih?)

Seorang anak berusia 3 tahun yang keluar jalan-jalan ngan ibunya, tiba-tiba terpandang aiskrim. Dia mintak dengan ibunya. Tapi ibunya tak bagi. Puas dia pujuk ibu dia sebab dia dah lama tak makan aiskrim tapi ibunya tak bagi jugak. ketika tu anak tu fikir "mesti ibu aku dah tak sayang aku..ke mana perginya kasih sayang seorang ibu???"

Si anak tak tahu yang dia sebenarnya ada penyakit lelah dan kencing manis. Dia rasa dia sihat. Tapi ibunya tahu dia sakit. So itulah sebabnya ibu dia tak bagi. Ibu dia tak bagi tu sebab terlalu sayangkan anak dia....

Pada pandangan si anak, ibunya telah berlaku kejam dengan tak bagi dia makan aiskrim. dia tak tahu yang dia ada penyakit tu. Kalau ibu dia bagitahu pun, dia pasti takkan mengerti sebab umur dia terlalu muda!

Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita rasa elok tu baik untuk kita. Kita ni ilmu terbatas.Tak mungkin kita boleh capai taraf ilmu Allah. Allah sebagai Pencipta, tahu segala yang terbaik buat kita. Allah ada sebut dalam Al Quran yang lebih kurang bermaksud "Ada perkara yang kamu suka tetapi sebenarnya ia adalah keburukan buat kamu. Ada perkara yang kamu benci tetapi sebenarnya ia adalah kebaikan buat kamu"

Ramai yang menyangka, dalam hidup ni kalau dapat duit banyak, hidup senang lenang, dapat suami hensem gile, dapat isteri cantik, rumah besar bla bla bla..maka itu adalah yang terbaik. Itu yang kita kena dapat. Kalau tak dapat kita merungut.

Tapi kita pernah terfikir tak, sebenarnya orang-orang yang banyak dapat rahmat Allah di dunia ni, sebenarnya dia dapat ujian yang lebih banyak!


Daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga, Abd Rahman bin Auf r.a. masuk last sekali. Dikatakan, beliau akan masuk secara mengensot. Kenapa? Kerana di kalangan sahabat, beliau yang paling kaya. Beliau yang paling banyak dapat rahmat Allah. Maka Allah akan kira satu persatu ke mana kita gunakan rahmatNya tu...

aku yang perasan pandai nak bagi tips untuk rasa happy..ha ha ha..:

Ko kena sentiasa berfikiran positif.Jangan Su'u zhon (bersangka buruk) dengan Allah. Sebagai contoh, Allah bagi ko kecacatan di dunia, mungkin kerana Allah nak bagi ko kecantikan lebih dari orang lain di akhirat kelak.,Allah bagi ko muka yang tak berapa cantik di sini, mungkin nanti ko akan jadi ketua bidadari syurga yang jelita lagi menawan, akhirat tu kekal abadi kawan, dunia ni sementara aje..ingat..SEMENTARA AJE!!

Yang penting, ko kena redha dengan apa yang Allah bagi. Ko yakin kan Allah Maha Mengetahui? So mungkin sekarang ko nampak seolah-olah Allah tak kasih, tak sayang ko tapi sebenarnya Allah nak bagi ko benda yang lebih baik di akhirat!

Kalau boleh ko tentu nak darah kamu pink colour bukan? Tapi hakikatnya warna darahmu adalah merah!

Kalau ko rasa ko terseksa hidup di dunia dan ko nak salahkan Allah, ko yang rugi sebab kalau ko buat camtu, kat akhirat nanti ko takkan dapat apa-apa. Tapi kalau ko redha dan terima apa yang Allah bagi, InsyaAllah kat akhirat ko dapat lebih dari yang orang lain dapat. Kalau ko sabar untuk tempoh dalam 60 tahun hidup di dunia, insyaAllah ko akan dapat ihsan Allah di akhirat yang kekal abadi!

Sebab tulah aku cakap ko ni bertuah jika sering ditimpa ujian. Allah buka ko peluang untuk ko dapat rahmat di akhirat dengan tak bagi terlalu banyak kenikmatan di dunia yang sekejap ni. berapa ramai orang di luar sana yang kaya, ada suami hensem, bini yang cantik dan tak cacat, tapi mengabaikan nikmat yang Allah bagi. Nanti di akhirat diaorang dah tak dapat apa-apa! Diaorang senang kejap je tapi Allah nak bagi ko senang selama-lamanya nanti!

APA YANG PERLU KO BUAT ADALAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, YAKIN BAHAWA ALLAH MAHA MENGETAHUI...


Lain kali kalau ada sesiapa kutuk ko, kalau ada sesiapa kata ko cacat, muka ko burghok, ko terus mengadu kat Allah. Ko cuba lah buat. Mengadu macam budak kecik mengadu kat mak dia. Ko anggap ko tak berdaya betul-betul so ko mengadu sungguh-sungguh kat Allah.. Allah mungkin takkan jadikan ko cantik, Allah mungkin takkan jadikan ko tak cacat (Allah boleh buat kalau Dia nak), tapi sekurang-kurangnya hati ko akan tenang, InsyaAllah. Ko akan jadi lebih kuat sebab ko yakin kalau ada apa-apa pun, ko ada tempat mengadu...Rasulullah SAW buat cara camni lah, sebab tu baginda boleh solat sampai bengkak kaki!

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang nikmat yang kita dapat?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi nikmat..
Mereka terseyum tawar kerana tak dapat tumpang bahagia,
Malah mungkin berharap agar kamu kembali hilang akan nikmat itu…

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang segala cerita duka lara?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi derita..
Mereka pura pura sedih tapi mengelak untuk membantu,
Di belankangmu, mereka ketawa dan menghina kamu…


Moralnya adalah :
Ada orang yang lebih menderita dari ko, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang lebih bahagia dari kau, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..

bersambung..

Bagaimana Nak Berhenti Merokok?

(khas buat mereka yg nak quit smoking)

ko tau tak berapa banyak kerajaan habis kan duit utk program kesedaran utk tidak merokok? meh aku bagitau ko:

RM17 juta utk kempen "Tak Nak Merokok"
RM5.67 juta -- billboard di bandar2
RM3 juta -- billboard di kawasan kampung2
RM3 juta -- televisyen
RM2.5 juta -- media cetak
RM700,000 -- radio
RM250,000 -- majalah
RM200,000 -- pawagam
RM1.68 juta -- bahan-bahan penerbitan dan kos operasi


``wah wah mana ko dapat semua ni?"

aku amik dari sumber Bernama.

ko tau tak bernama tu ape? kompem tak tau. kalau aku tanya what does BERNAMA stand for? mesti meleleh air kepala. eh silap... air peluh. iyer, aku tau yg ko tak tau. meh la aku nak bagitau....
[BER]ita [NA]sional [MA]laysia

aku rasa nanti nak buat surat, kasi kat menteri kesihatan malaysia... ha ko tau tak nama dia? kekeke mesti tak tau. nama dia ialah Y.B. Datuk Dr. Chua Soi Lek. kalau ko tak tau nama2 menteri, TAK PAYAH la berbicara pasal politik.

eh, melalut pulak..kita teruskan topik kita iaitu bagaimana mahu mengurangkan jumlah perokok di malaysia khasnya dan diseluruh dunia amnya. senang je caranya iaitu :

(1) hentikan semua usaha yg tidak mendatangkan hasil seperti iklan kat tv ``saya tak nak merokok," pastu label kat kotak rokok ``bahaya kesihatan," etc etc. sebab ape membazir? ye la.. nak bayar pelakon iklan tu, nak itu ini, bla bla bla. pastu takde hasil. kan membazir tu.

(2) hentikan kenaikan cukai ke atas rokok. kerana orang boleh beli ``rokok haram" secara underground. murah woo, sebab takde cukai...he he he.. usaha kenaikan cukai ni adalah membazir, sebab takde hasil yg memuaskan.

(3) kempen di sekolah2, pejabat2, etc. tu semua... buang masa penceramah je. sebab bukan 100% audience yg merokok.

jadi SEPATUTNYA, tindakan yg patut dibuat ialah:

(1) buat je iklan ``hisap lah ganja, candu"

(2) turunkan harga candu dan ganja

(3) ceramah2 tentang kebaikan candu dan ganja yg boleh menghentikan tabiat merokok

kelebihan2 hisap ganja dan candu :

(1) bila dah hisap ganja dan candu, ko tak kan merokok lagi, sebab rokok dah tak sedap utk ko.

(2) pastu kantoi ngan pihak berkuasa, ko akan dimasukkan ke pusat serenti. senang lah nanti pegawai2 sana nak ``tarbiyah" ko dengan berkawad hari, semayang kat surau...5 waktu sehari semalam, cuci2 jamban, tanam sayur, jual sayur kat pasar tani.

(3) lepas 4-5 tahun, kalau ko dah baik, ko akan dikeluarkan dari pusat serenti.

(4) tapi kalau ko tak kantoi pon bagus gak. sebab bila ko dah ketagihan hisap dadah, ko akan cepat kiok. bila dah kiok, tak perlu orang risau pasal ko lagi ehhehe...

(5) utk pengetahuan ko, dadah itu haram. tapi kalau tak berenti merokok gak lepas hisap candu dan ganja... tak tau la aku ha ha ha...

sekian, terima kasih kerana membaca...

assalamualaikum.

betul kata pepatah ..

semua org ada kelemahan masing2... ada kelebihan masing2....
tu pasal mata ko ade dua je...
satu tengok buruk diri, satu lagi tengok buruk orang.

betul tak?

BUKAN LA oi!!
satu tengok buruk sendiri, satu lagi tengok baik org

camana banyak buruk org lain pon... katakan lah sampai tahap dewa kejahatan ke 99 pun, ko kena usaha cari paling kurang 1 kebaikan yg ada pada dia..paham?

D.A.N.

walau ko dah mencapai tahap wali yg ke-99 ko kena cari paling kurang 1 perangai setan ko..

satu kisah :

ada dua mamat konon2 nak berguru. mereka ada dengar cerita kat dalam satu hutan tu ada sorang wali besar.
"jooom kita gi sana,"mamat A bersuara memecah keheningan malam
"joom..." mamat B pon menyahut kegembiraan

pegi punya pegi...sampailah satu tempat yg hanya ada sebuah pondok usang. sampai pulak waktu maghrib. jadi mereka bersolat maghrib kat dalam pondok yg didiami oleh tok guru yg dicari2.

tok guru punya la tak sedap baca. suara dia telo (sebut 'te' tu macam sebut 'TEpak sirih'). maka mereka bermufarraqah pasal fatihah tak betul. lepas je selesai semayang....

mamat A: jom la kita pulang. hampeh betul org tu. name je wali, tok guru. tp baca ntahapeapentah

mamat B: ha ah. siyut betul la nasib kita. jom pulang!

tgh2 jalan jumpa rimau lapar. mamat 2 org tu pon panik, cuak, gabra, cemas, taktau nakbuat apa..isk isk isk..

dalam keadaan ketakutan begitu, datang la wali tadi. dio pon tonung jo kek ghimau tu. rimau pon lari jauh2.

wali: korang ni, bertahun2 betulkan lidah hanya utk menyebut bacaan yg betul. tp aku bertahun2 betulkan hati aku.

***

betul kata pepatah :

ada 2 kaki goyang
ada 2 tangan garu
ada 2 mata pandang
ada 2 telinga dengar
tapi kenapa hati ade 1 je?
pasal satu lagi ade kat someone yg ko kene carik utk jadi 2 hati yg bersatu...ha ha ha..(iklan - aku tak kawin lagi..cepat cepat..)

Wednesday, June 27, 2007

Cool atau Tidak Cool?

Di zaman yang hampir monopuos ini, sebarang percubaan korang untuk mengamalkan atau menghidupkan sunnah Nabi di zaman “nak berak kena bayar 50 sen” ini.., akan membuatkan korang menjadi tidak kool di pandangan mata korang yang lain…skarang ni aku nak cerita tentang orang islam yang tidak ‘kool’ di pandangan mata aku..

Baiklah, sebelum korang yang budiman semua terutamanya yang mengenali aku mengkondem aku dengan ayat:

"hek eleh, kau pun bukannya cool..diri sendiri pun tak betul, nak cerita agama konon, nak mengaku pencinta sunnah Nabi SAW yang teragung, pergi mampos!".

Benar, aku memang akan mampos....

Dan kerana aku akan mamposlah maka aku cuba sedaya upaya untuk menunaikan apa yang diwajibkan pada aku. Dan ini blog aku, apa yang aku percaya aku tulis dan yang baca kelak dah tentu aku sendiri yang baca balik buat peringatan, korang yang tak suka bolehlah berambus ke blog lain yang lebih cool..

Aku mengaku aku tak cool, dan aku peduli apa?

Hee hee hee hee hee (gelak di rasuk iblis)

Baiklah, kalau aku tanya korang nama 10 sahabat ini dan apakah amalan sahabat ini yang membolehkan mereka mendapat jaminan syurga, boleh korang cerita?

Huh! Tapi jika aku Tanya 10 tokoh yang korang kenal (dan kompom yang korang benci) yang mendapat jaminan masuk neraka tentu korang tahu bukan?, dan korang boleh cerita detail pulak apa dosa mereka yang buat mereka masuk neraka sedangkan mereka masih hidup dan belum mampos lagi!!

Aku dan korang semua patut menangis dan belajarlah jadi cool..

Bila aku cakap kita kena berjuang ikut cara nabi yang asal, ikut sunnah yang asal, korang akan cakap aku tak kool, ketinggalan zaman dan tak memahami isu isu semasa serta gagal mentafsirkan ayat al quran ikut peredaran zaman..

Ya, aku tak cool.. aku ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban.. atau apa sahaja..

Dan aku peduli apa?!

AKU TAK PERLU PEDULI KEHENDAK MANUSIA DALAM URUSAN UGAMA..

TAPI..AKU PERLU PEDULI KEHENDAK AGAMA DALAM URUSAN MANUSIA!!

Bagi aku, Nabi Muhammad SAW adalah contoh manusia yang paling cool dalam meyelesaikan masalah ugama..kemudian sahabat Abu Bakar RA mencontohi beliau ketika menjadi khalifah islam, lihat betapa cool nya Abu Bakar Ra dalam menyelesaikan masalah ummat islam zaman itu..(rujuk kitab)

Bukan sahaja tak kool! Malah korang juga akan di anggap ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, silap-silap korang di cop sebagai puak pelampau, ahli taksub atau lebih teruk : pengganas!!

Sebagai orang islam, kita semua kena solat bukan? Dan orang yang solat dia ada sifat sifat dia..dalam Al Quran ada cerita sifat orang yang bersolat dalam ayat 19 surah Al Maarij..

Dalam surah tu cerita orang yang bersolat, tidak terkesan dengan kesusahan dan kesenangan dunia, pendek kata orang yang bersolat mempunyai sifat yang 'cool'..

Maka moralnya di sini, bila korang di timpa kesusahan, sebagai seorang yang bersolat, tak payahlah korang nak terpekik terlolong, nak keluh kesah, bukankah orang bersolat percaya dengan takdir? Return to the source…Dan begitu jugak bila dapat kesenangan duniawi jangan kita perasan Allah sedang sayang kat kita, orang kapir pun Allah bagi nikmat, firaun dan qarun berapa banyak mereka punya harta… arghh, pendek cerita, korang semua sebagai orang yang bersolat tentu tahu bahawa apa apa yang berlaku dalam dunia ni, samada kesenangan atau kesusahan itu semua dari Allah dan semua adalah ujian.. Untuk test iman..

Aku kata : jika korang sedang dapat kesenangan dunia, tak payahlah nak cerita kat semua orang, tulis dalam akhbar korang ni sedang bahagia itu ini begitu begini, buat seluruh dunia tahu korang sedang bahagia, bukan apa, semua dalam dunia ni bersifat sementara dan fana, nanti bila kebahagian itu hilang, korang jugak yang malu, sedih kecewa..dan jadi satu beban pulak pada hati nurani korang untuk ‘paksa’ orang lain percaya bahawa korang sedang bahagia, tak payah..!! jadilah orang islam yang cool..dapat kesenangan hidup, relexlah, tak rugipun orang tak tahu..dan sebenarnya adalah salah korang cerita nikmat hidup korang pada orang yang tak dapat berkongsi, sebagai contoh korang naik gaji 3 kali ganda, korang pun cerita pada orang yang dah berpuluh-puluh tahun kerja tapi masih tak naik gaji, nanti bila dia putus asa dengan tuhan, korang jugak yang berdosa sama, sebab tu Nabi pesan kalau nak makan makanan yang ‘mahal’, jangan makan kat luar rumah, takut jiran nampak dan kecik hati, lainlah korang niat nak kongsi nikmat tu..

So moralnya kat sini adalah kalau nak cerita nikmat, pastikan bercerita kepada orang yang dapat kongsi nikmat tu, contoh korang kerja government dan dapat kenaikan mendadak, bolehlah korang cerita kat mak bapak korang kerana of course mereka akan dapat tambahan ‘sedekah’ dari korang, tapi bila korang cerita pada dunia, apa jadi? Dah tentu ada orang cemburu dan putus asa dengan tuhan! Sebab tu orang kaya tak di galakkan berjiran dengan orang miskin, dan jika nak berjiran kena bina rumah dan perhiasan yang lebih kurang sama dengan jiran, korang paham tak?

Balik pada tajuk utama mengenai tindakan muslim yang tidak cool..

Maka nasihat aku bila korang sedang dapat kesusahan hidup, tak payahlah nak cerita kat semua orang, cerita hanya kepada orang yang dapat selesaikan masalah tu..., dan paling baik cerita kepada Allah..jadilah orang islam yang cool, yang tidak terkesan dengan suasana, itulah ciri orang yang bersolat..

Aku tahu korang sedih dengan maksiat ummat, dengan system, dengan kerajaan, dengan dunia dan apa sahaja, tapi bila korang luahkan ketidak puasan hati, bila korang lepas geram dengan kata kata, tidak dapat tidak akan terbukak aib saidara islam yang lain, di sini kesilapan bermula..

Korang sebagai orang islam yang bersolat, yang cool dah tentu tak akan cerita aib saudara islam atau jatuhkan maruah saudara seagama, banyak hadith yang melarang dan mengecam sape sape yang dengan sengaja jatuhkan maruah dan hina saudara seugama, bukan semua nikmat boleh di cerita, bukan semua kesedihan boleh di cerita dan SEMUA KEAIBAN tak boleh kita cerita..! Paham tak?

Ingatlah, Orang bersolat itu cool, bila membawa ketaatan dalam solat ke luar solat, insyaAllah….

Tapi kita semua sedar, ramai umat hari ni yang hidup menjauhi amalan agama kerana bagi mereka, semua itu tak cool, tak moden, tak canggih, di zaman ini bercerita tentang kayu golf lebih asyik daripada bercerita tentang kayu sugi, membaca blog hiburan jauh lebih asyik dari baca al quran, mendengar aib saudara seugama jauh lebih asyik dari bertaubat di sepertiga malam..

Maafkan aku kerana tak sporting dan tidak cool..

Aku mengaku aku tidak cool..

Dan sekali lagi, aku peduli apa?!!!

Sape suruh korang tak cool?

Ha ha!

Ps: Orang yang cool adalah, orang yang tidak cerita semua NIKMAT hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh berkongsi NIKMAT tu… juga tidak cerita semua KESEDIHAN hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh tolong selesaikan KEDUKAAN itu.. juga tidak cari salah orang dan tidak cerita AIB orang, barulah jadi mayat yang cool…! Doakan aku sama masuk syurga wahai sahabat..aku juga doakan korang masuk syurga wahai sahabat…

Tuesday, June 26, 2007

Ikan Di Laut, Asam Di Darat..

Cerita berlaku di dalam sebuah lautan yang luas :

(hakikatnya , berfantasi dalam otak saya je..)

Ikan yang paling warak dan berilmu, serta mengamalkan ilmunya, memanggil semua ikan-ikan. Perhimpunan mingguan bersama kesemua ikan memang biasa di lautan ini. Perhimpunan bertujuan untuk berpesan-pesan dengan hak dan berpesan-pesan dengan sabar. Ikan yang paling senior memulakan ucapan.

”Wahai Ikan-ikan sekalian,
Ketahuilah, di 'atas sana', ada dunia lain yang lebih hebat dari dunia kita ini.
Yakinlah bahawa jika kita tidak berhati-hati, kita akan terseksa di 'dunia' di atas sana. Jauhilah larangan ku, dan ingatlah pesan ku! Jauhilah mata-mata kail dan bot-bot atau bunyi enjin-enjin yang menarik pukat. Ingatlah pesanku, kerana sekali kita terleka, maka buruklah padahnya.

Mereka suka melalaikan kita dengan mata kail yang yang meliuk-liuk umpannya.
Mereka kaburi kita dengan makanan yang menarik dan sedap-sedap.
Kadang-kadang perut ayam, kadang cacing bergetah, kadang-kadang udang harimau.
Fuhh..memang sedap, memang melekakan, memang melalaikan.

Namun, keseronokan yang boleh membawa kelalaian ini sangat bahaya.
Keseronokan menonton tarian dan nyanyian udang-udang dan cacing-cacing ini amat bahaya. Kerana sedikit alpa dan terleka, kita akan cuba mendekati umpan-umpan ini.
Setelah tertarik, dan terleka, kita akan cuba mendekati dan memakan………..
zrapppP!!!....dan ketika itulah kita akan ditarik oleh mata kail yang amat tajam lagi kejam, menembusi rahang, dan langit-langit kita.

Arrgggggggghhhhh!!!!!
Sakitnya amat tidak terhingga!!!...Di saat kita lalai, ini boleh terjadi. Di saat itu, kita berada di hujung nyawa…Maka jauhilah perkara-perkara umpan sebegini.

Wahai Ikan-ikan sekalian,
Ketahuilah….Akibat terleka dan terlalai dengan umpan-umpan ini…Kita akan masuk ke dunia lain……Kita akan di biarkan menggelupur sehingga pengembangan insang kita yang terakhir. Tatkala nyawa kita dicabut, amat menyakitkan. Namun, Ianya tidak berakhir begitu sahaja. Kita akan diletakkan di dalam kotak yang gelap dan sejuk yang dinamakan esbok, untuk beberapa ketika, menderitalah kita di sana, kesejukan, berhimpit-himpit, gelap ….sehingga kita dikeluarkan…

Setelah kita dibangkitkan dari kotak yang gelap dan sejuk, kita akan dihimpunkan. Dihimpunkan beramai-ramai di sebuah kawasan yang luas. Penuh sesak dan amat menyeksakan sekali. Itulah dewan besar pasar borong.

Kita akan di pilih-pilih dan ditimbang di atas neraca. Dan selesai timbangan kita, kulit kita akan disiat-siat, dan badan kita dikelar-kelar, Di taburi air "assaaamm di darat", garam dan kunyit. Kadangkala cili, bawang juga dilumurkan. Arggghhhh pedihnya!!!!Pedih tak terkata…..

Namun belum juga habis penderitaan kita……Terdapat satu cecair yang menggelegak tersedia di dalam satu kawah yang besar. Ia dinamakan minyak masak!!!

Kita akan dicampakkan ke dalam minyak yang panas menggelegak, yang tak pernah kita terpikirkan di dunia laut ini!! Meraunglah sekuat mana pun…tidak ada sesiapa yang peduli. Meraunglah…… menyesallah di atas kealpaan kita di masa lalu….Kita alpa dengan keseronokan dunia dalam air…..Kita lupa dengan 'dunia' lain yang memang sedia wujud. Kita dok piker dunia kita je……Dok pikir beberapa tahun hidup untuk mengisi perut dan memuaskan nafsu….
Kita leka…lalu lupa dengan 'dunia' lain...Kita tidak/kurang yakin….!!

Kita akan di goreng hingga garing…..dan rangup…Kita sedia untuk diratah oleh makhluk bernama manusia..dan tulang-tulang kita akan diberikan kepada makhluk beranam kucing…

Lihatlah tuan-tuan…bayangkanlah…
'Dunia di atas' sana meamng wujud..memang ada!!! Kalau ada yang tak percaya dan tak yakin….ingatlah pesan ku sekarang..Janganlah kita leka dengan umpan-umpan di dunia laut ini….Janganlah kita menyangka dunia lautan ini sahaja dunia yang ada. Umpan-umpan yang memberi keseronokan sementara.

Baiklah..bersurailah, pergilah mencari rezeki dan ingatlah pesanku hari ini…….

***balik ke alam darat***

Aku kata:
Seperti juga ikan, kita lebih lagi wajib berpesan dengan hak dan sabar…

Seketika kita lalai didunia ini, itulah yang menjadi sebab untuk kita ke Neraka Allah , naudzubillah

Kerja, makan, MLM, konsert, kerja, tv, wayang, kerja ,social, sukan, kerja, kerja, berkelah, side income, rehat, makan, anak, susu anak, laki, bini, baju bini, sluar laki, minum, MLM, santai, kerja, harta, hutang, mainan canggih anak-anak, model kereta baru, kerja, kerja dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi….dan kita lupa dan lalai dari mengingati Allah…

Tiba-tiba..zzrraapPPPP!!!…nyawa kita direntap….maut tak menunggu kita selesai kerja di atas dunia..takde warning kadang-kadang....
SO....ketika itu............

Di manakah kerja?
Di manakah filem spiderman 3?
Di manakah baju mahal dan cantik bini?
Di manakah mainan sofistikated anak?
Dimanakah MLM kita?
Dimanakah fantasi-fantasi yang di akademi?
Di manakah pelaburan internet
Di manakah harta?
Di manakah Honda CRV baru?
Di manakah Kancil replacement model?
Di manakah percutian gold coast?

Semua itu tak penting…Langsung tak penting....
Yang penting..
Di manakah amalanku??
Di manakah solat, sedekah amal jariah dan doa anak-anakku yang soleh???
HANYA itu yang dikira.
Kenapa aku tak buat cukup-cukup????Kenapa aku tak paham-paham???
Maka kita pun mintak pada Allah dengan muka tak malu...(setelah semua nikmat Allah kita gunakan untuk kufur kepadanya)

Ya Allah...bagilah aku masa Ya Allah…walau sehari untuk aku bertaubat dan beribadat….

BAIKLAH..NAH!!...hari ini adalah harinya….Esok belum tentu kita hidup…

Beribadatlah dan berilah priority kepada Allah dalam apa jua situasi.
Jagalah solat, kejarlah Allah. InshaAllah SEMUA urusan kita akan terjaga, dan Allah akan lebih cepat menghampiri kita.

BERTAUBATLAH sekarang dengan sebenar-benar taubat…..
Menyesali, membenci dan berazam tidak mengulangi dosa…
Hari ini kita diberikan oksigen dan kekuatan untuk bernafas..
Gunakanlah anugerah Allah untuk menyukakannya dan mendapat redha nya…
GUNAKANLAH SEKARANG…

Ps: motivasi bagus, tapi bila terlalu banyak input dari otak, maka semangat yang di hasilkan adalah sementara..

"semangat yang hilang.."

tapi bab ugama, motivasi dari Allah dengan membaca AQ dan mengamalkan sunnah Rasulallah SAW adalah semangat yang kekal..

"semangat perjuangan harmony"

Ps : amboi..banyak masa update dan baca blog..baik pegi baca AQ..baca kitab hadith..(aku ler ni..isk isk isk..)

Ada Orang Kata..

Ada orang kata, I am a MUSLIM. Iman sebesar zarah pun boleh masuk syurga..walaupun banyak dosa..

Aku kata : ye benarrrr kata kao… tapi :

Pertama : Mana aku nak tau iman aku sebesar zarah? Betul ke ada IMAN in the first place. Sebab kita kena ingat dugaan masa sakaratul maut…? Dugaan yang paling hebat. Jeneral syaitan datang kacau and nak pesongkan kita. Menjelma dengan muka orang yang kita amat sayang, dan cuba menghasut kita berpaling dari Allah – Na'udzubillah.

alangkah bestnye kalau boleh pilih nak mati bulan ramadhan, jeneral kena ikat, takde la kena kacao. Aku dah prepare ke nak tangkis?Macam mana nak prepare??

Perbaiki iman sentiasa, Jangan, jangan, jangan tinggalkan ibadat fardhu, jangan tinggalkan ibadat solat muakkad, banyakkan solat-solat sunat, ibadat-ibadat sunat ‘kecil’ (kecil bak kata sesetengah orang, kalau dia nampak macam mana sunat kecil ni boleh hapuskan dosa-dosa kecil dia yang lain..mesti tak tinggal punyalah..!)

Contoh : Kalau kita masuk toilet langkah kaki kiri and keluar kaki kanan, tetiba balik ke tempat kita, nampak ada cash RM 1000, mesti kita tak tinggal buat benda tu kan? Sama gak dengan pahala...cuma tak nampak...ia tetap dikreditkan..cuma kita tak dapat penyata, sebab tu susah nak yakin and tambah point tuuu..ohhh...)

Masa tu dah terlambat...saat nadi masih berdenyut ni.. ambiklah kesempatan.....Mintak dijauhkan dari azab kubur dan api neraka...dan api neraka..dan api neraka...ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM.....

Kedua : Ye boleh masuk syurga..tapi kena masuk neraka dulu….korang ada berani ka? Aku pengecut bab ni ...Although this is a free country and free web. I punye pasall lah (kata sesetengah orang)……tapi please be reminded, Allah tak bagi nikmat untuk free-free je….

Sekian lagi sekali dari aku yang agak free…

Sunday, June 24, 2007

Orang Jahat?

(Mengenali diri sendiri)

Korang perasan tak?, hidup kita ni dikelilingi oleh ramai orang jahat…
Cuba bukak surat khabar, berita TV, radio, ineternet bla bla bla , apa cerita.?
Maka korang akan dapat berita-berita seperti:
- orang jahat bunuh orang baik
- orang jahat bunuh orang jahat
- Lelaki jahat rogol wanita baik
- Wanita jahat di rogol lelaki jahat
- Sungguh jahat mereka itu..
- Serta seribu sebelas ratus lagi jahat…

Maka dah jadi tugas polislah nak kena tangkap semua penjahat…tapi siapa nak bagitahu korang, bahawa di antara manusia-manusia sekeliling korang tu yang mana jahat yang mana tidak jahat…?

Biasa dengar ungkapan cam gini..
- Saya tak tahu rupa-rupanyanya suami saya seorang yang jahat..oh..
- Dia nampak alim..dia suruh saya kirim barang, tak sangka rupanya dia jahat…oh..
- Rupanya saya mendukung biawak hidup. Boy friend saya adalah perogol bersiri..sungguh jahat..isk..isk..
- Saya macam melepaskan anjing tersepit..penat-penat saya bela dia..bila besar di rogolnya saya..jahat sungguh budak itu.
- Hantu tu jahat rupa-rupanya…
- Jahat sungguh kucing itu, di curinya ikan goreng saya!!!
- orang yang berserban itu sungguh jahat,
- pakwe saya jahat yang amat, baru pertama kali jumpa ngan dia, di rogolnya saya secara bergilir-gilir..oh..tuhan saje yang dapat membalas kejahatan mereka..
- Kenapa orang jahat tu tak mati-mati?
- awak ni..jahat lah..hik..hik…hik..

DAH-DAH.. cukup!!! ..nampaknya ramai sangat orang jahat…ni nak kena besarkan lagi penjara nie..

Apa-apapun aku selaku pemerintah kepada anggota-anggota badanku..campur dengan pengalaman berkawan ngan orang jahat yang terdiri dari ahli keluarga (oh..) hinggalah kepada member-member sekepala…nak bagi tips, macamana nak kenal orang tu jahat atau tidak.tak payahlah aku ceritakan tentang orang bunuh orang, rogol orang…bla bla bla..ini adalah ciri-ciri jahat yang ada dalam diri kita sendiri yang sesetengah orang anggap normal, tapi sebenarnya sifat-sifat ini adalah pewaris kejahatan.. .oh..

Ni nak kata hadith pun tak kena, nak kata bukan hadith pun tak kena, apa-apapun dari sekelumit pengalaman diri(wah..wah..skemanya bahasa)..ada kawan aku la ni duduk penjara, di hospital kena belasah, di bunuh..dan macam-macam lagilah..maklumlah pakcik ni dah tua..dah lewat 20 an..harijadi tak lama lagi..bulan november ni ‘genap’lah umur pakcik kepada 28 tahun..orang baik kenalah bagi hadiah..heh heh heh…(ketawa orang jahat)…

Ciri ciri Orang jahat:

Jahat 1 :
Komplen makanan.

“Eh..siapa yang buat mee bandung rasa macam air panas bergaram sajer nih?!!!” Kalau tak silap aku saidina Abu bakar RA. cakap.(kalau tak silap!!):

"Cukuplah seorang yang komplen makanan yang dihidangkan untuknya adalah seorang yang jahat.."

Hmmmmm… tu yang agaknya cerita-cerita P ramlee dulu-dulu, bapak mertua kalau bakal menantu datang rumah disuruhnya anak perempuan bubuh garam dalam air kopi..nak tengok, bakal menantu aku ni komplen ke tidak..kalau komplen..memang sah orang jahat..tak boleh buat menantu..!!! Untuk pengetahuan korang yang dah tahu…Nabi saw tak pernah komplen makanan tau!!, kalau Nabi tak suka Nabi just senyap, tapi orang jahat bila makanan tu tak best mula di makinya..Dia tak sedar yang sediakan rezeki dia adalah Allah…!!!

Jahat 2 :
Membazir.

Tak kira lah member ke, ahli keluarga ke, aweks ke balaks ke kalau membazir memang orang jahat sebab bersaudara dengan setan!!! Nabi dan bagi warning awal-awal : sesiapa yang membazir adalah saudara setan!!! Dah sedara ngan setan tentulah jahat sebab setan jahat…membazir ni tak kiralah bil letrik ke, beli benda yang tak berfaedah ke, ambil makanan banyak dan tak habis pulak tu makan..SMS ke, beli VCD ke..ni adalah saudara setan..bukan aku yang kata!!!!

Apek kata: Jangan anda meminum arak - Arak itu setan yang punya - Kalau anda minum - Nanti setan! - Setan nak minum! - Setan nak minum air apa?

Jahat 3 :
Ambil barang tak mintak izin.

Korang yang duduk rumah sewa ke, asrama ke,korang pernah tak hilang, errr maksud aku harta kepunyaan korang tiba-tiba berkurang macam minyak rambut/ubat gigi/sampoo/putik kapas/bla bla ada toyol ke?.. Lalu apa korang buat, biasa doa melaknat dan sumpah seranah merata-rata!!.. “cis, bangsat, keparat, aku baru up date ubat gigi aku dah jadi separuh..!!! %$@!!! Nasib, tuhan tak buat mulut korang 'masin'..kalau tak habis member-member korang jadi batu atau burung…oh.. Ni pun Nabi pesaaaaaaaan, : (Jangan ambil barang tanpa izin)..walaupun barang tu jenis tak luak, seperti selipar, seluar dalam, bra, berus gigi,dll …sebab dalam sesetengah keadaan kes ini boleh di ibaratkan macam mencuri…melukakan hati…buat orang menyampah kat korang!!! Kalau nak pinjam…mintak izin…itu yang jadi macam kes pecah amanah, mula-mula nak pinjam duit syarikat tapi tak bagitahu..lepas tu datang orang audit..gelabah, maka mula buat kerja-kerja jahat, seperti bercakap bohong, lama-lama mencuri..!!

Apek cakap:

Berbohong dalam dunia
Dicatit setiap kata
Ditimbang semua pahala dan dosa
Bukan dikira berapa banyak lembu dan kuda…

Apek nak bersyair lagi:

Derhaka pada orang tua
Kononnya sudah dewasa
Merompak di sani-sina
Hai! Sungguh buasnya
Akhirnya dia…

Ditembak Polis Diraja Malaysia

Arghhh sebenarnya banyak lagi…korang boleh cari sendiri, boleh rujuk balai polis berdekatan…sebenarnya ciri-ciri kat atas tu ada dalam diri kita tanpa di sedari..komplen makanan, bersaudara ngan setan, mencuri macam Toyol bla bla bla..tapi ada pulak orang jahat yang nak cover dia punya jahat maka dia akan kata..

"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!" HE HE HE HE (ketawa macam puntianak mariam..hahahaha…) Jin pulak menjadi mangsa percaturan... Aku mewakili pihak JIN ingin menegur korang para pembaca atau senang cerita semua manusia, bahawa jangan guna istilah:

"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!" aku rasuk tubuh korang karang, baru korang tahu langit tinggi rendah (walaupun aku tak tahu jarak langit dan bumi..he he)

Sebab sejahat jahat jin tak ada pulak nak mengaku TUHAN!!!
manusia lagi jahat...cuba tanya Firaun laknatullah..!!

jadi kesimpulanya, dah tentu ada jin yang lebih baik dari manusia..aku nak nasihat manusia manusiawi semua, supaya lain kali guna:

"SEKASAR-KASAR MANUSIA, SELEMBUT LEMBUT JIN.."
sebab kami memang kasar, kami tak pandai bergurau, silap sikit terus santau, ha ha ha! Hee Heee Heee (puntianak meriam menganas semula!!!)

moral: manusia mati menjadi jenazah..jin mati menjadi asap!!!

Ps: teringat cerita Abu Lahab yang mana jasadnya tidak diterima bumi..kerana beliau adalah orang jahat!!!..oh…!!!

Saturday, June 23, 2007

Apalah Gunanya..

Apalah gunanya berbangga dengan amalan ugama yang telah di buat? sedangkan kerja yang PATUT di buat belum di buat..

Salah satu tipu daya syaitan yang sangat besar adalah dengan mengharapkan kebaikan besar pada masa yang akan datang, maka kebaikkan kecil yang boleh di lakukan sekarang di tangguh. Syaitan berusaha agar setiap manusia tidak dapat membuat apa-apa kebaikkan walaupun kecil pada masa sekarang dengan berbagai alasan (dan biasanya syaitan berjaya dengan muslihat begini) kerana biasanya, orang yang berharap kebaikkan yang besar pada masa yang akan datang, tidak juga dapat melaksanakannya apabila tiba masanya..

- Berapa ramai yang kata bila ada kereta maka dapatlah aku ke masjid, tapi bila ada kereta masih juga solat di rumah…
- Berapa ramai abang haji yang kata bila ada duit banyak maka barulah aku sedekah, tapi bila dah duit banyak bertukar menjadi haji bakhil?
- Berapa ramai yang tangguhkan dakwah dengan alasan takde ilmu dan belum ‘baik’?
- Berapa ramai yang tunggu 'Negara islam' baru nak amal sunnah Nabi, sekarang tak pe pakai amalan bukan sunnah Nabi sebab Negara belum islam?

- Berapa ramai yang tak nak iktikaf di masjid dan berdakwah pintu ke pintu, semata mata tunggu ulamak mereka buat, baru mereka nak buat?
- Berapa ramai yang tinggalkan sunnah Nabi yang asal, semata mata ulamak mereka tak buat lagi kerana sedang tunggu 'Negara islam'?

Sedangkan hakikatnya kebaikan kecil yang boleh di lakukan sekarang akan menjadi asbab untuk sampai kepada kebaikan yang besar.

Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan dan apa pula yang harus di buat pada masa akan datang.

Humanity Diversity

kalau nak bercakap/berkhutbah, kena respect humanity's diversity. ko bayangkan, kalau ko nak berkhutbah dengan menghina orang kafir, what non muslim gonna feel? macam islam ni menggalakkan keganasan pulak. actually, aku banyak benda boleh hujah... but aku tak nak.. nanti orang ingat aku ni michael foucalt the 2nd.

aku boleh cincang-cincang orang memperalatkan agama ni habis-habisan sebab they limit themselves to doctrines rather than question pertains to logic and humanity's diversity.

for example kata kan aku masa kecik mak bapak aku orang kuat agama tak suka aku kawan dengan cina sebab diorang kafir... that's racism. ada ker Tuhan suruh buat camtu or like, the very subtle thing macam my chinese neighbour bagi limau or angpau dalam beg bapak aku terus campak katanya cina makan babi and thus plastik beg tu babi... thats subtle racism.

nota : situasi di atas adalah fantasi sahaja - harap maklum!

sebab tu kadang-kadang ko kena mentelaah agama dalam-dalam. but, you can't apply whatever you learn to others. sebab tulah asyik perang sana sini just because every religions on these earth termasuk islam, yahudi or kristian are competing sapa hold the truth, sapa masuk syurga semua. walhal it doesnt make any sense.

kalau ko nak tau in philopshy, you will see a pattern on how certain people use religion as a power to control not to embrace. ada je golongan rajin baca buku agama, pastu nak ceramah berapi-api... padahal takat baca je... tak berguru pon. mmg aku meluat gila babi. sebab tu diorang ni mmg takleh pakai, kalau setakat nak quote dr Al Quran and Hadith pastu tafsir ikut pala otak sendiri.

kalau ko belaja bab religion, to be specific world religion, there is a pattern semua sangkut paut and the only thing u see... it says, Men controls the world. ntahlah aku baru nak mendalami sikit bab-bab camni. i think because i don't limit myself to one aspect.

Tuhan tak suruh ko berzikir 24 jam so u can gain pahala, God wants you to lead the world, for a great place, a transition, a struggle, for a happy life, and the unknown rewards are only God mysterious works. kalau aku dok rumah, berzikir sampai tak ingat nak buat benda lain , but at the same time neglect the fact, aku kena berusaha untuk memajukan agama aku, thats pitiful. kalau banyak ilmu agama but fail to deduce reality and try to make a connection between religious values and world values, payah ler macam tu.. korang yang sibuk berzikir tapi tak berdakwah , apa cerita?

Zikir ni macam bawang goreng atas nasi goreng, memanglah bawang goreng tu sedap terutamanya bagi mereka yang takde makanan, tapi hakikatnya bawang goreng adalah penghias kepada nasi goreng, itulah hakikat dakwah, berdakwah tu macam nasi goreng, manakala berzikir tariqat itu macam bawang goreng, mengerti??

Bila korang buat amalan ugama tapi tidak menghubungkan diri dengan masjid,dengan masyarakat maka amalan korang macam air mustrakmal, suci tapi tidak menyucikan… korang kena jadi air mutlak, suci lagi menyucikan..

if cina mati diorang buat gendang-gendang and stuff like that kat tengah-tengah jalan and we muslim condem that solely cause diorang tu KAFIR and masuk nuraka. sedang kan nabi pon nangis tengok yahudi mati. but bila kita buat aktiviti-aktiviti islamik, maka secara automatic kita gerenti masuk syurga sebab kita perasan kita adalah kunun-kunun orang yang sentiasa dalam kebaikan.

you can't conclude they commit sin and terus masuk nuraka just because they have different views... that's BAHLOL namanya. Islam tidak menyuruh manusia supaya ragu-ragu (tanpa asas) setiap masa dan berada dalam tahap neglecting and forgetting the fact on how merciful God is.

"No one has the right to judge anyone." Semua manusia (Islam & non-muslim) adalah ciptaan Allah & Allah kasih kepada semua manusia yang di ciptaNya. DIA (Allah) memberi peluang kepada semua manusia untuk mengenalNya selagi hayat dikandung badan. Ini adalah sifat Rahman Allah kepada manusia. Kita tidak tahu bila seseorang non-muslim boleh berubah hati menjadi seorang muslim...sehinggalah di saat akhir hayat si non-muslim (muslim, kalau sudah memeluk Islam) tersebut. Oleh itu, hormati & sayangilah semua manusia selagi mereka (manusia itu) menghormati agamamu (Islam), walaupun mereka bukan beragama Islam. Kita (the muslims) tiada hak untuk menghina orang-orang bukan Islam, lebih-lebih lagi kepada orang-orang bukan Islam yang kita tidak pernah berdakwah kepada mereka. Hanya Allahlah yang lebih mengetahui penghabisan siapakah yang lebih baik/mulia, ke neraka atau ke syurga manakah seseorang itu akan berdiam di akhirat kelak!

Manakala, sifat Rahimnya Allah adalah khusus untuk orang-orang Islam di akhirat kelak. Manusia yang telah menunaikan hak Allah (yakni menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya) akan merasai nikmat balasan baik di akhirat yang tiada tolok bandingnya... SubhanaAllah...

Moral Police

Ada la sorang bapak ni jalan-jalan dengan anak dia nak pegi satu tempat. anak beranak ni naik lembu. jalan punya jalan, sampai satu kampung, kedengaran suara-suara MORAL POLICE .."apa la diorang. ..huh bapak bangang, anak bodoh. lembu tu dah la kurus... ish...ni kes aniaya binatang ni"

bapak pon menurut sahaja kata-kata mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas lembu. Si bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan MORAL POLICE. Sekali lagi ada yang komen, "Sial punya anak. Dia sedap-sedap naik lembu. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."

Si anak mendengar komen mereka (moral police), lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang lembu. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas lembu. Mereka pun melalui sekumpulan MORAL POLICE. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa budak ni, kepala hotak letak kat lutut agaknya, dia sedap naik lembu, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."

Mendengar komen itu, si bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. lembu itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan MORAL POLICE. Masih ada yang komen "Apalah bangsatnya orang tua ni. Ada lembu tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa lembu!"

Mendengar kata-kata ini, si bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan MORAL POLICE.anakku..
Mereka hanya pandai cakap. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka, rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan kata-kata mereka.."

- sekian cerita -

ni adalah cerita yang aku sadur dari website mana tah. aku tukar keldai --> lembu, orang kampung/masyarakat--> moral police. apa yang aku mahu point out di sini ialah, berfikirlah secara bijak. bukan ikut 'apa kata orang'.

contoh, ko nak sedekah terang-terangan atau sembunyi-sembunyian. dua-dua baik sebenarnya.
- kalau terang-terang, ko boleh bagi galakan kat orang lain untuk sedekah bersama-sama.
- kalau sembunyi, boleh jaga niat ikhlas (kalau takut tak ikhlas bila terang-terangan).

contoh lain, bila ko ada makanan banyak sangat dalam pinggan ko. tiba satu point, ko dah tak larat nak makan, sedangkan makanan masih banyak lagi. nak buang membazir plak. Biasa mesti ada yang akan kata:
"ish, ko nak jadi sedara setan ke buang-buang makanan ni, tak baik tau. habiskan makanan tu" excuse me? sapa yang sedara setan? ko atau orang yang ko tegur tuh? mana kitab ko belajar? ha ha ha...bangsatnya...

menurut satu ustaz yang aku jumpa secara langsung (bukan ustaz celup yang suka guna internet sbg sumber rujukan UTAMA/ baca apa-apa kitab, terus buleh elaborate. wah wah wah..meriahnya hidup..):-

kita kena buang mudarat yang lebih besar. antara kenyang sangat dengan membazir, mudarat yang lebih BESAR ialah kenyang. jadi, alternatif yang terbaik ialah sedekah kat member/fakir miskin yang tengah lapar. tapi, prinsip asas orang biasa pegang ialah, tak larat habis: buang terus.
(untuk pengetahuan, nama ustaz tu ialah Haji Bujang Sulaiman@Ahmad, Bekas Imam Besar Masjid Bahagian Bintulu)

contoh lain, orang bawa cerita tah apa-apa, takde soal selidik, takde basic dalam perkara yang disampaikan, terus je ko caya dan ko sebar-sebarkan kat orang lain. pastu kata, kita kena hormat pendapat orang lain. hehehehe..... takde keja aku nak ikut pendapat orang celupan.

bagi aku, contoh kata, kalau ko ada problem dalam subjek yang ko tengah ambik, ko mestilah jumpa instructor ko. bukan tanya member-member ko yang selalu cakap: "weih, aku rasa camni camni la..." pastu orang lain pon cakap, "tak tak, bukan camni, tapi camtu camtu". Katakanlah instructor ko tu merupakan professor mathematics yang telah berPULUH-PULUH tahun belajar/ kaji tetang math (bukan setakat baca buku terus pandai (prof celup) pastu preach kat orang lain pasal math theory yang ntah paham ke tak) maka prof tu jadi sumber yang boleh ko percayai.

begitu juga kalau bab-bab agama, silalah ber"consult" dengan ahli-ahlinya... dan.... aku prefer yang berpuluh-puluh tahun belajar kat pondok/madrasah. even ustaz yang belajar kat al-azhar, ukm, um atau lebih-lebih lagi universiti omputih yang offer islamic studies.....mintak mahap le.. semua tu aku TAK pakai. apatah lagi, 'ustaz' yang takat baca buku, tengok internet, bla bla bla bla.... memang aku campak dalam tong sampah (jangan risau, aku campak dalam tong yang bersih je).

sekian untuk hari ini..

Thursday, June 21, 2007

Aku Boleh Murtad?

(Na'uzubillah..)

Kali ini, aku yang kurang ilmu ni akan cuba mengupas isu murtad……

(*yawn..yawn..yawn..* - kedengaranan suara orang menguap tanda boring dengan tajuk ni..he he he…)

Tapi…bagi menghilangkan mengantuk anda….
Ini ada berita baik..

Isu murtad di sini, isi pentingnya bukan si Minah masuk agama lain sebab pakwe/suami, atau anak pak kali masuk agama lain sebab terpengaruh dengan gerakan gereja atau pak pin buat agama sendiri sebab boring dengan agama lama, atau si polan dapat 'wahyu' dalam mimpi or masa pergi bertapa…bukan..!!!

Isu murtad di sini…ialah bagaimana nak elakkan diri kita dari murtad dan memahami yang kita pun bila-bila boleh murtad dengan aktiviti seharian kita….na'uzubillah…

Bismillaa hirrahmaa niirahiim.

Mukaddimah:

Kalau kita tanya pendakwah muaalaf, apakah benda yang paling bernilai?

Rata-rata ramai akan jawab, hidayah ALLAH. Akidah Islamiyyah adalah nikmat yang tidak ternilai. Sahabat nabi semua pun muallaf. Muallaf ni….memang best…Sebab diorang dapat compare. Dan dengan itu, diorang yakin dan bertambah yakin. Dan diorang pun tak nak orang lain terus sesat, maka diorang akan bersungguh-sungguh pelajari ilmu ALLAH dan sebarkan. Mereka tahu batas-batas yang akan menyebabkan akidah mereke tergelincir sebab mereka telah melalui benda-benda tu…

Namun, perasaan ini tidak dapat aku rasa. Kurang sensitifnya aku dengan permasalahan ini. Aku TERLALU sibuk dengan ilmu-ilmu lain seperti fekah, muamalah, munakahat, Tak dinafikan SEMUANYA AMAT PENTING. Tetapi yang paling penting ialah MENDALAMI dan MEMAHAMI ilmu tauhid, akidah, usuluddin dan seangkatannya. Bagi diri aku, aku paham Allah itu Esa. Aku dah paham segalanya. Sebab itu aku lalai bab ini…Aku kata, "Aku dah yakin dah Allah ni ..Nak paham apa lagi??" Maka di situlah bermulanya masalah aku….
Masalah kaum aku.. Dan kali ni, aku nak cerita,

1. Apakah kelemahan aku sampai ramai sahabat sebangsa murtad.
2. Bagaimanakah aku pun berpotensi untuk murtad DAN ADAKAH AKU SEDAR HAKIKAT ITU?

Kelemahan aku.

Banyak kes murtad bukan calang orang. Mereka yang berpendidikan agama. Datuk Imam, Bapak imam, dia sendiri Ustazah sekolah rendah. Tapi akhirnya murtad. Sedih? Heran? Tak Mungkin? Tipu? Palsu?

Tidak…ini benar…….Janganlah sedih…tapi marahlah diri sendiri…….sebab kalau aku tak marah kat diri aku, mungkin aku pun boleh murtad sebab aku ni, datuk bukan imam, bapak pun bukan, aku pun bukan ustaz. Maka risiko lebih tinggi..?? Na'uzubillah…

Aku sendiri tidak menggerakkan usaha-usaha mencegah murtad. Serangan akidah bertalu-talu pada zaman moden ini. Terus masuk ke rumah melalui dajjal 4 segi (TV). Aku tak mantapkan diri aku dengan ilmu akidah. Takde persediaan langsung. Takde strategi nak menghadapi musuh.

Masalah kat sini ialah kita tak kenal musuh. Kalau kita tak kenal musuh dalam perang, maka macam mana nak menang? Jangan tuding jari kepada mubaligh agama lain sebab dah itu kerja mereka. Bolehkah kita salahkan syaitan sebab menggoda kita di dunia? Bukan kah itu kerja mereka?

Sama seperti serangan akidah yang masuk ke rumah kita, terus kepada anak-anak kita tanpa kita sedari. Macam mana cara nak mantapkan hati kita dan ahli keluarga kita dengan akidah yang padu? Aku takde ilmu ni. Ilmu dunia lain tu..tau memang mantap…ilmu TAUHID yang satu ni??? Pergh…aku tak carik pun sebab aku ingat tak boleh terjadi kat keluarga aku… Aku ingat aku dah pandai. Keluarga aku dah pandai dan faham benda SIMPLE ni. Maybe sebab aku dilahirkan dalam keadaan ISLAM , sebab itu aku relax je bab ni….

Itulah maksud tak kenal musuh… Tak de ilmu nak kenal musuh. Maka tak de ilmu jugaklah nak melawan musuh.

MUSUH

Maka musuh kat sini ialah diri kita sendiri.
Kita yang membenarkan semua ini terjadi.
Kita benarkan bisikan syaitan.
Kita benarkan kata-kata propaganda atas alasan logik akal.
Kita benarkan open minded yang tidak terkawal dan tidak mengikut batasan dan tertib syariah dalam perbincangan.
Kita benarkan pergaulan bebas atas dasar perpaduan masyarakat majmuk.
Kita benarkan diri kita dan keluarga kita tidak terdidik.
Kita benarkan anak kita menonton kartun jepun dan omputih 24 jam sehari.

Tak termasuk akademi lagu dan sifu yang kita angkat martabatnya untuk menjadi mentor dalam rancangan tertentu yang membuatkan hati tidak dapat menerima makrifat Allah.

Maka akan tepatkah pandangan hati-hati itu?
Akan tepatkah hati yang sentiasa dibuai perkara sia-sia seperti sinetron.
Akan tepatkah hati yang selalu dibuai dengan kata-kata puisi dan lagu-lagu nasyid yang menyebabkan kurangnya peratusan kita mendengar dan mendendangkan ayat-ayat al quran dan zikir kepada allah?
Akan tepatkah hati yang selalu mendengar nyanyian dan kata-kata manis artis dan model-model iklan. Aurat-aurat mereka? Senyum mereka?

Pokok pangkalnya, Hati kita kena jaga supaya bersih. Perkara sia-sia akan memudarkan hati. Zikir akan melembutkan hati.

Kata-kata puisi manis ciptaan manusia aku suka dengar. Ayat Allah lagi perfect tapi aku tak suka dengar/hafal/kaji…….jahilnya aku..Lalu aku pun inginkan altrenatif. Maka nasyidlah alternatifnya….Boleh ke?

Oh ..ampunkan aku ya Allah…

Juga kalau aku ingat internet ni alternative kepada information tentang ISLAM, maka aku salah. Ini hanya tambahan, dan bukan alternative. Kalau bukan tambahan pun ia hanya launch pad, dan bukan alternative dari berguru direct dengan ulama dan mendengar ceramah/kuliah agama dari ulama.

Kalau semua di atas kita benarkan….maka..kitalah musuh kepada kita..
Maka kenal lah musuh ANDA….dan bagaimana nak menghadapi musuh-musuh ini.
Moga dapatlah kita mengatasi kelemahan kita dalam isu ini.

Contoh soalan ilmu tauhid yang susah aku nak tangkis:

1. Muhammad ada ibu bapa seperti kita. Tapi Isa takde bapa. Maka dia adalah Anak Allah.
2. Siapakah NAbi terakhir? Bukankah Isa akan turun pada hari-hari terakhir alam dunia ini?

*Buat yang belum tahu, jawapannya di akhir rancangan.

Disebabkan kelemahan ilmu tauhid lah, kita juga tidak berdakwah pada bukan islam. Contoh satu kampung melayu, satu keluarga cina…Turun temurun keluarga cina tu masih dengan agamanya sendiri. Aku takut nak approach sebab keyakinan tak kuat. Sebab Ilmu tak ada. Aku tak pernah carik. Tak yakin pada Allah sebenar-benar yakin. Takut dengan dugaan Allah. Takut orang bukan Islam tu saman sana, saman sini. Tindas sana sini. Takut ISA, Takut serba serbi. Maka layakkah aku kata aku ni sudah mantap akidah?

Lihat sejarah bagaimana mantapnya akidah Sumayyah dan Yaseer. Keluarga yang pertama syahid di jalan Allah. Subhanallah! Aku berpotensi? Layak untuk murtad?Ya, sememangya semua orang berpotensi dan layak untuk murtad. Bezanya cuma risiko itu besar atau tidak.

Jika kita sentiasa sedar dengan perkara syirik, maka kita akan agak terselamat. Namun berdoalah hari-hari supaya kita mati dalam keadaan yang baik (husnul khotimah)

Cuma, masalahnya, bila sebut syirik, kita akan ingat syirik besar seperti sembah berhala dan mintak pertolongan dari syaitan/jin

Syirik Kecil

Bagaimana dengan syirik kecil? Riak? Takabbur? Bagaimana dengan amalan masyarakat. Apakah yang mencemarkan akidah dan sekaligus boleh membatalkannya? Adakah aku tau?

Aku tak tau…Sifat riak dan takabbur ini amat perlu diperhalusi. Sentiasa lah beristighafar. Ingat allah banyak bila lintasan riak dan takabbur itu menjelma. Jangan suburkan ia dengan melayan dan memberi seribu alasan untuk membenarkan rasa riak dan takabbur itu. Kurang rasa yakin pada janji Allah dan bersangka buruk dengan Allah juga amat bahaya.Hari ini ada kawan kawan aku (mari mengumpat..) yang buat syarat denganAllah..oh..

"kalau Allah bagi aku kaya, aku sedekahlah"

"kalau Allah bagi aku kereta, aku akan kerap ke masjid"

"kalau Allah jodohkan aku dengan lelaki yang soleh, aku akan jadi wanita beriman"

"kalau Allah menangkan aku dalam peraduan tu, aku akan pergi haji"

"kalau Allah bagi menang dalam pilihan raya dan Negara ini di perintah oleh parti aku, aku akan memakmurkan masjid"

"kalau Allah tunjuk diri Dia, baru aku masuk islam"

Oii.. pergi mampos dengan syarat syarat korang wahai manusia, Allah tak perlu di 'ugut' oleh korang… sebaliknya korang yang selalu di 'ugut' oleh Allah, Cuma korang( termasuk aku)jer yang tak perasan..oh..nauzubillah…

Juga kalau kita baca apa2 ayat Allah or even buat solat hajat, jangan bergantung pada ayat tu (yang ni semua orang tahu) Cuma apa yang aku baru tahu ialah:

Buat semata2 kerana Allah suruh buat.
Baca semata2 nabi mengajarkan itulah caranya untuk Allah tolong
Itu cara paling selamat.

Kurang yakin juga dapat kita paham dengan contoh2 ini:

Aku buat kerja sebab nak amik hati bos, baru bleh gaji naik.
Aku tak boleh pegi solat dhuha waktu pagi sebab waktu tu paling best kita focus kerja
Aku tak boleh solat berjemaah sebab nanti tak khusyu
Aku tak boleh tegur orang sebab takut orang tu kecik hati
Aku tak boleh jaga kain orang sebab nanti orang tu kata aku nak tunjuk pandai
Aku tak boleh confident dengan apa yang aku tahu sebab nanti aku salah.
Aku tak boleh yakin 100% sekarang sebab kelak, in future aku kena jilat balik ludah aku. etc…………..

Nasihat aku untuk aku :

Usahakan dengan ikhlas apa yang aku ada/tahu pada hari ini, dan Allah akan tambahkan pemahaman dan iman aku..InsyaAllah..

Amalan masyarakat

Masyarakat kita juga masih dengan bomoh, tangkal, horoskop dan sebagainya. Aku bagi contoh adat melayu misalnya terlalu totok dengan perkara2 yang berkaitan agama hindu. Bersanding umpamanya. Menepung tawar. Itu semua bukan budaya orang India, tapi amalan keagamaan hindu.

Ada yang 'pandai' ni kata," Alaa….kita tiru je, bukan niat apa2 pun…dah adat, bukan kita ikut agama hindu, kita buat je..takde maksud apa"

Aku kata, " Kalau aku letak satu berhala, pastu kau pergi depan berhala tu, rapat dua tapak tangan, letak kat dada, and tunduk sikit (macam hindu semayang), tapi jangan niat apa2..boleh ke?"

Membenarkan seusatu itu adalah dengan

- Hati
- Lidah
- Perbuatan

Nah…..skang macam mana? Nak bersanding dan menepung tawar lagi ke?

Aku takut…..sebab dah boleh tergelincir akidah ini macam.
Amatlah bahaya bagi orang yang dah murtad, tapi tak sedar…Nauzubillah

Tu belum lagi tepung tawar rumah, gantung paku, kain kuning, letak quran/yassin bawh bantal bayi, letak gunting, pulut kuning, hantu malam, hantu maghrib, jembalang, budak meracau nanti, tak bleh tengok, tak bleh angkat macam ni, peganng macam ni, taboo…dan byk lagiiiiii arghhhh..pening akuuuuu……

Marilah kita me-renew syahadah kita skang jugak dan bencilah kepada atas segala benda yang telah kita lakukan terdahulu, yang menyekutukan Allah, secara kita sedar atau tidak.

"Ash ha du alla ila ha il lallah, wa ash ha du anna muhammadar rasulullah"

Oh ye..sebagai penutup, ni jawapan kepada soalan tauhid tadi…

(Aku pernah try explain ni dengan seorang non-muslim dan seorang muallaf. Dua2 dapat terima benda ni dengan positif sekali. Sebab ilmu tauhid itu mesti guna logik akal, tapi ilmu syariah tidak)

1.Nabi Adam dan Siti Hawa juga tidak ada bapa. Malah mereka tidak ada ibu . Adakah mereka ini anak tuhan? Kristian tidak menganggap mereka anak tuhan…kenapa pulak? bukankah kejadian ini lebih pelik dari Isa yang ada ibu? Kenapa mereka tidak dianggap anak2 tuhan yang sulung???

2.Sebagai contoh, saya ada dua anak lelaki. Ahmad dan Ali. Abang nama Ahmad. Abang pegi oversea. Ali (adik) meninggal. Lepas tu abang (Ahmad) balik semula ke Negara. Adakah abang (Ahmad) itu anak terakhir? Bukankah adik (Ali) tetap anak terakhir?

Ps : aku tertarik dengan kata2 ni…

" orang kafir yang bijak-bijak sedang mendekati islam, sedangkan orang islam yang bodoh-bodoh sedang meninggalkan islam "

orang non islam punyalah mahu mecari keburukan dan kekurangan islam, hingga tiap ayat dalam quran dorang kaji dan teliti(hingga dorang sedar kenapa ayat surah iqra' pertama-tama sekali diturunkan) sedangkan yang sudah sedia islam sekadar megakui dengan lidah, "aku islam" tapi tak pernah menghayatinya, macam ramai yang dah minum arak tapi tak mau makan daging khinzir- sedangkan dua-dua itu haram hukumnya

Dakwah tak dijalankan bersungguh dan beramai2 oleh SEMUA orang yang paham. Ada yang hanya meletakkan peranan dakwah pada bahu sesetenganh golongan, padahal ada fadhu ain dan fardhu kifayah dalam agama.. Berapa jam sgt aku spend time untuk mengembangkan dan menyampaikan agama? SO, aku lah yang bersalah kalau orang murtad....memang aku...


Maafkan aku org2 murtad semua….

pss: something to share..aku suka baca artikel tentang murtad di sini

Tuesday, June 19, 2007

The Sound of Silence

(Simon & Garfunkel - The Sound of Silence)

Hello, darkness, my old friend
I’ve come to talk with you again
Because a vision softly creeping
Left its seeds while I was sleeping
And the vision
That was planted in my brain
Still remains

Within the sound of silence In restless dreams I walked alone
Narrow streets of cobblestone
Beneath the halo of a street lamp
I turned my collar to the cold and damp
When my eyes were stabbed
By the flash of a neon light
That split the night
And touched the sound of silence

And in the naked light I saw
Ten thousand people, maybe more
People talking without speaking
People hearing without listening
People writing songs that voices never share…
And no one dare
Disturb the sound of silence

“Fools,” said I, “you do not know
Silence like a cancer grows.”
“Hear my words that I might teach you,
Take my arms that I might reach you.”
But my words like silent raindrops fell,
And echoed in the wells of silence

And the people bowed and prayed
To the neon god they made.
And the sign flashed out its warning
In the words that it was forming.
And the signs said: “The words of the prophets
Are written on the subway walls
And tenement halls,
And whisper’d in the sound of silence

zmy

Sunday, June 17, 2007

Pengalaman Aku..

pengalaman aku la, nak mendekati manusia yang berhati keras dan berhati batu bukan senang. Jangan pandang rendah sifat-sifat manusia ni. Kalau kita baling kat anjing pun, anjing mesti tak nak gonggong, sebab terlalu keras! He he he...jadi bagi aku, nak mengajar ada banyak alternatif. Nak mendekati seseorang supaya dekat kepada Allah kerja yang amat mulia, tapi kena ada skill. Bukan ikut sedap cita rasa..he he he..masing-masing punya bahagian. Masing-masing punya jalan cerita dalam kehidupan. Kalau semua orang skema ada dekat muka bumi ini, tak menarik lah dunia. Bukanlah di namakan kehidupan kalau tiada bermacam-macam jenis manusia, bermacam-macam jenis sifat manusia...

Sebab itulah kita perlu sentiasa islahkan diri kita sepanjang masa. Jangan sampai terputus mujahadah dalam diri kita. Kalau kita putuskan masa yang renggang itu, akan tertampallah sifat "munafiq" dalam hati kita.

Aku dulu, aku hampir tak percaya Allah SWT. Siap kutuk lagi. Na'uzubillah... Tapi disebabkan sahabat-sahabat aku yang "skema" ni pandai menyamar, pandai mengajak aku (berdakwah) untuk mengingati Allah SWT kembali, maka aku pun nak ikut jejak langkah mereka. Jejak yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW kita sendiri.

Ini soal nak selamatkan akidah generasi muda-mudi seperti aku. Banyak yang masih hanyut. Jadi, nak mendekati mereka ni, perlulah secara halus. Mungkin orang ingat, cara ni seperti taktik Yahudi. Ketahuilah sebenarnya, taktik ni telah ditiru oleh Yahudi dan Nasrani dari kita. Kalau dulu mereka menyebarkan agama mereka melalui kekerasan. Kajilah balik peristiwa keagungan Islam dahulu. Bagaimana Perang Salib yang dilancarkan oleh mereka tidak berkesan? Kerana ummat Islam akan bangkit secara serentak jika diserang dari hadapan. Tetapi jika diserang dari belakang seperti merosakkan akidah pemuda dengan memasukkan teologi Zionis ke dalam hati ummat Islam secara halus, sangatlah berjaya. Kecuali kepada mereka yang mempunyai nilai ketaqwaan yang tinggi. Untuk itu, kita perlu juga memasukkan Islam secara halus.

Islam dahulu dipandang asing. Dan pada zaman ini Islam kembali dipandang asing. Jika dilihat bagaimana golongan awal Islam menyebarkan "risalah", pada permulaannya mereka berdakwah dan mengajar secara tertutup. Mereka menunjukkan akhlak yang mulia kepada kalangan yang masih belum mendapat hidayat.

Menulis artikel dalam blog bukanlah kerja dakwah yang mutlak dan asasi. Selagi kita tak tunjukkan akhlak kita sendiri kepada orang lain, bukanlah dakwah namanya... kalau setakat letakkan punggung atas kerusi tulis artikel, perasan sudah buat dakwah tak payahlah. Itu namanya berangan. Apa kata berdepan jumpa orang yang buat maksiat. Itulah baru dinamakan kesabaran dalam berdakwah!! Setakat tulis dalam blog, bukan berdakwah. Itu namanya mengajar beb...

aku lihat realiti masyarakat kini yang sangat bercelaru dgn Islam, telah menyebabkan pelbagai perkara berlaku.Mereka lupa, bahawasanya pembinaan individu muslim melalui tarbiyah adalah perkara asas bagi menanggani masalah yang berlaku kini. Dakwah adalah methodologi yang perlu diaplikasikan dalam usaha pembinaan individu-individu Islam kini.

Sebenarnya, dakwah adalah perkara wajib dalam Islam yang telah sekian lama kita abaikan.Ramai yang menyangka bahawa dakwah adalah tugas yang terlalu susah dan hanya mampu dilakukan oleh sebahagian kecil manusia. Ada kebenarannya, tapi tidaklah begitu tepat.

Nabi SAW bersabda lebih kurang maksud : Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Dalam hadis yang lain Baginda SAW mengisyaratkan kepada kita bahawa dakwah adalah budaya hidup Islam - Agama itu adalah nasihat.

Manusia diberikan oleh Allah potensi yang berbeza antara seorang dengan yang lain. Perbezaan potensi itu tidak membahagikan manusia kepada dua kelompok; pendakwah dan bukan pendakwah. Sebaliknya ia akan memberikan persembahan dakwah dalam bentuk yang pelbagai, di mana dari satu sudut yang lain akan memberikan hasil dakwah yang cukup maksima.

sama-sama menegur, baru dapat menarik rahmat Allah
sama-sama buat tak tau dan biarkan kesalahan walau sekelumit...pikirlah apa akibatnya..

Siapakah yang bertanggungjawab berpesan-pesan kepada yang baik dan mencegah kepada yang mungkar ?

"SAYA"

walau amalan saya sekecil semut,
walau ilmu saya setitis air di hujung jari,
walau iman saya senipis kulit bawang,
walau dosa saya segunung HIMALAYA

Akhir kata, semua Anbiya a.s dan nabi-nabi telah di hantar untuk buat usaha atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan,:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, kerana sifat Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati.
Allah s.w.t berfirman, " Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada mereka".

Thursday, June 14, 2007

I Need A Quiet Day In Life

(wherever you go and find darkness in your life : what you have to do is to light the lamp within yourself..)

Passing through the busy streets that never sleeps
I started to question my existence and lead
For the first time I question everything
I cursed at the force that's barely unseen
The unfair force that arrange and laugh
Creates winding road that's tough
All I need is not anger
Cause I need a quiet time to gather
Pieces of puzzles that I never bother
To solve all my life
Maybe I'm too busy
Predicting future with visions that are blurry
Truly, I need moments of solidarity
So I can pursue a triumphant
Future for eternity..

"O Allah!
Please do not leave us to ourselves,
not even for a blink of an eye,
nor for a period lesser than that.
O The One Who is Best in Answering."

zmy

Tuesday, June 12, 2007

Cuba Renungkan...

cuba kite renong balik...akan sejarah islam yang gilang gemilang dulu.

ada orang nak persoalan lak....okeh....ni dia soalan..macam mana keadaan orang-orang Islam dahulu kala, sejak zaman nabi sampai ler khalifah uthmaniah??

generally, orang Islam dulu buat kerja yang sepatutnya dibuat. buat kerja ngajak orang buat baik, buang keyakinan yang salah, kasih sayang sesama muslim dibina, saling memaafkan bila ada saja salah silap.......yang penting sekali mereka telah buat perkara yang disukai Allah dan Rasul-Nya. Sampai sahabat dapat title R.A ketika dalam dunia lagi. mereka telah meletakkan kalimah "lailahaillah muhammadurasulullah" dalam hati-hati mereka instead letak kat dinding rumah sekadar hiasan. Semua ayat-ayat al-Quran di baca dan di amal kan instead of gantung kat dinding rumah/ masjid/ kedai/ etc.

begitu jugak tabiin, tabi' tabiin, dan seterusnya. Allah telah tundukkan dunia bawah tapak kaki mereka pasal mereka tak terkesan ngan dunia.(rujuk posting wahan)

tapi sayang nya hari ini, kalimah-kalimah suci hanya sekadar hiasan di rumah sampai jadik tempat cicak berak, sekadar atas kertas, sekadar di forward kan ke member-member, setakat cakap, tapi langsung tak amal (ni sume kes aku nih, bukan korang). so, kiranya aku telah langgar hak kalimah. atau dengan kata lain perbuatan aku yang tersebut lebih kurang perbuatan meletakkan kalimah sebagai tattoo atas badan(ni pun atas tujuan hiasan..isk isk isk..)

jadik, kita tahu di sini, gantung kalimah ke, apa ke ...... adalah = bertujuan utk hiasan = tattoo atas badan = pun nak melawakan badan.

aku cuba bayangkan kalau semua orang islam amal 100% perintah Allah ikut cara nabi (bukan cara lain), pasti akan ada kegerunan dalam hati orang-orang non-muslim kepada orang-orang islam. (i.e. sehingga Rom dan Parsi jatuh bawah tapak kaki sahabat, sampai satu masa....1/3 dunia telah ditakluk)

nak paham lagi, kena luangkan masa, harta, diri untuk agama lagi dan lagi. bukan takat TULIS blog je dan jugak bukan takat BACA blog aku nih. aktiviti ni sekadar mengisik masa lapang...boleh insyaAllah?

Monday, June 11, 2007

SUDAHKAH KAU INGAT?




(Walaubagaimana satu hari lagi telah di delete dari waktu mati aku nak sampai....ohhh..)


Satu perkataan yang menakutkan. Dikaitkan dengan hantu. Di kaitkan dengan seram. Di selubungi dengan……. misssterriiiii……

Ya, memang misteri. Sungguh misteri yang bukan hanya nusantara..tapi di seluruh dunia ini. Semua orang, bangsa takut mati. Eeii…ngeri……

Sungguh misteri sekali mati itu hinggakan orang tak nak ingat. Kalau boleh tak nak sebut. Kalau boleh jangan sebut. Kalau boleh takde perkataan tu pun takpe.
So bila jadi macam tu,orang selalu lupa.
Orang dah tak ingat betapa significantnye mati tu dalam kita menjalani hidup kat dunia.
Betapa TERAMAT pentingnya mengingati mati itu..

Padahal Rasulullah SAW kata (lebih kurang maksud) :
” Orang yang paling bijak antara kamu ialah mereka yang sentiasa mengingati mati”

Kalau kita kerja engineer, kita ni ada PHD, kita ni ahli akademik di universiti tersohor, kita ni akauntan bertauliah, kita ni terer merempit, terer cakap belit, kita ni cendikiawan, kita ni doctor pakar tapi kita tidak selalu mengingati mati, maka takde lah terel mana dan tak lah bijak mana.

So kalau kita tak dapat jadi seperti pakar2 yang tersebut di atas tu, atau kita tak dapat anugerah cemerlang masa kat skolah or kat universiti, inilah masa nya kita nak jadi pandai dan bijak (mengikut definisi Rasulullah SAW, Kekasih Allah)

Mengingati mati secara konsisten akan dijamin dari mengelakkan berbuat dosa dan kejahatan. Baik dalam toilet sorang2, dalam selimut berduaan, dalam bilik hotel, dalam rumah urut, dalam kepala otak, di tempat kerja, di dalam kereta, di rumah, di majlis pesta keramaian, di hari raya, tengah instant message, tgh chatting dan di mana-mana pun…

Pesan Rasulullah SAW lagi, mengingati mati boleh mengatasi keriangan dan keseronokan.

Ye la, bayangkan kalau kita ingat kita nak mati bila2, seminit lagi ke, dua minit lagi ke, sejam, sebulan, even setahun kita tak kan rasa nak bergumbira. Mesti kita beramal ibadat tanpa henti……sob sob..sob…menangis setiap kali berdoa.

Lagi pesan Rasulullah (lebih kurang maksud) :
“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu (tentang pembalasan hari akhirat) tentu kamu akan lebih banyak menangis dan kurang ketawa/bersuka.”

Tapi kalau tak ingat mati, kita akan rasa dunia untuk keseronokan, kesenangan dan hiburan. Hiburaaaaaannnnn tak habih2…..

Rasulullah SAW sabda lagi, mafhum (lebih kurang) :
“Hidup di dunia ini seperti seorang musafir”

Nabi Isa pulak sabda
“Dunia ini adalah seperti jambatan. Seberangilah ia dan jangan lah kamu membuat binaan di atasnya" (lebih kurang maksud)

Ko dah ready? Macam mana nak ready?

Budak sekolah pandai macam mana pun, genius ke , gifted ke, mesti sedikit sebanyak buat preparation bila nak SPM. Habis2 malas belajar pun, solat hajat, doa, mintak berkat guru, dan macam2 lagi.

Sama jugak untuk MATI. Kita mesti prepare untuk mati dan kehidupan selepas mati.
Banyak exam, peperiksaan yang nak kena lepas. Yang bestnya exam tau datenye bila.Tapi mati? ntah2 tak abis baca entry aku dah kiok..ohhh..

Oleh sebab tu, lebih lebih lagilah kita kena prepare.
Kita kena prepare untuk kehidupan selepas mati LEBIH dari kehidupan sebelum mati.

“Carilah bahagianmu di akhirat, jgn lupa bahagianmu di dunia.”

“Beramal seperti kau akan mati esok hari dan bekerjalah seperti kau akan hidup selamanya.”
Nah, buat apa kalut? kan ke ada "selamanya" untuk hidup bekerja..tapi kena la kalut dalam amal ibadah..sebab kita akan mati "esok hari"..(aku pun..ohhh..)

Dalam Al-Quran pun byk sebut pasal mati dulu, baru pasal hayat (hidup). Allah sengaja sebut MATI kat depan ayat, baru sebut pasal hidup.
Mesti ada sebabnya. Nak suruh kita mendahului mengingati mati daripada ingat hidup.

Matilah sebagai seorang mukmin...sungguh beruntung orang yang tau bila dia nak mati dan sedar serta kembali kepada Allah. At least orang yang tau dia nak mati..boleh bertaubat bersungguh sebab pintu taubat masih terbukak untuk dia.Takde lah kena spot check macam kebanyakan mat rempit yang mati katak dan tak sempat nak prepare (mungkin ada yang dah prepare kot..aku berburghok sangka..ohh..)

Macam mana nak lari dari MATI? Boleh ke?
Ada cerita tradisi dari Kuthaimah RA.(cerita dari BUZNAMA - berita dari ustaz yang aku tak ingat nama - harap maklum)

Ada sekali tu, pada zaman Nabi Sulaiman, malaikatul maut (Izraeel AS) menjelmakan diri dalam bentuk manusia dan merenung tanpa henti kepada seorang mamat ni. Lama ditenungnya sampai akhirnya mamat tu pun tanya la Nabi Sulaiman
“Siapa orang tu?”
"Malaikat maut", jawab Nabi Sulaiman
“Kenapa dia tenung aku macam nak cabut nyawa aku?"
“Apa yang ko nak sekarang?” Tanya Nabi Sulaiman
“Bawa aku lari ke India. Aku tak nak tengok malaikat maut tu”
Nabi Sulaiman pun memerintahkan awan untuk mengangkat mamat tu ke India.

Bila mamat tu dah pergi, Nabi Sulaiman Tanya malaikat maut,
“Kenapa yang ko pegi tenung mamat tu?”

Jawab malaikat maut,
“Aku tadi heran apsal Allah suruh aku cabut nyawa mamat tu kat India, padahal dia ada kat sini bersama mu Sulaiman..”

Moral of the story: Memang ajal maut tarikh dan tempat dah ditentukan. Tak leh nak elak.

Marilah kita mula mengingati mati setiap hari, detik dan saat.
Dengannya hati akan jadi tenang.
Tapi itu bukan alasan untuk malas berkerja dan berusaha. Cuma ia boleh dijadikan sempadan untuk rehat dari bekerja dan tidak mendahului boss daripada Allah.
Maksud rehat bekerja kat sini ialah :

1) 9 pagi pergi solat Dhuha
2) 12.00 tghri baca Al-Quran/Kitab2 Ilmu/Tazkirah surau and prepare untuk berjemaah Zuhur
3) 12.40 ptg solat Zohor berjemaah awal waktu
4) 3.50 ptg solat Asar berjemaah awal waktu
5) 6.45 ptg solat maghrib berjemaah awal waktu (walaupun tgh sibuk bekerja, plan lah kerja tu elok2)
6) 7.50 ptg solat Isya’ berjemaah awal waktu (kalau dah kat rumah tu pegi la masjid/surau. Kalau yang masih kat ofis, make sure berhenti kerja luangkanlah masa untuk menyahut seruan Allah. Kalau yang dah nak balik, tunggu la kejap, solat dulu, mana tau eksiden ke karang….
7) Lepas isya’ bacalah Al-Quran, kitab2 ilmu, ta’alim kepada anak bini, kelas agama

aku kata : Luangkanlah masa untuk Allah sebab kata ahli neraka, (lebih kurang maksud) :
"Ya Allah, keluarkanlah kami kedunia barang seketika untuk kami bertaubat, beribadat dan menyembah dan mengesakan kanMu"

Tapi jawab malaikat Zabaniah (lebih kurang maksud) :
“ Itu semua cakap kosong, Masa untuk beribadat telah berlalu, Nah sekarang terimalah balasan dan siksaan ini atas perbuatanMu!”

Ye la..dulu dah beri peringatan atas dunia. Dah diberitahu, ada kesihatan, waras, tapi tak amalkan jugak sepenuhnya seruan dari Allah. Orang yang beri peringatan tu pulak kita pandang serong.

- JUMUD lah,
- ketinggalan zaman
- perasan alim
- kubur kita lain2 tau
- apa jaga tepi kain orang
- macam dia bagus sangat
- asyik solat je tak produktif langsung
- menganggu orang nak tido la azan ni
- janggut nabi panjang sebab takde shaver Gillette
- makan pakai tangan, eii jijik.
- Jilat tangan pulak tuu..eeii…pengotor..
- Minum pun pakai tangan kanan, abis la kotor gelas ttuu..eei..tak senonoh..
- Janggut panjang…eeii..geli..berbulu sana sini….tak hensem
- Buruk benor pakai seluar senteng ni?
- Baju dah lusuh pun pakai lagi?
- Apa la pakai tudung kat budak2 kecik?
- Nak borak ngan laki/bini dia pun jeles
- Apsal tak nak salam ni? Orang nak beraya, nak mintak maaf (pompuan kata kat lelaki – vice versa)
- Pakai kopiah macam orang tua (hallo..apasal org tua je boleh pakai kopiah?Sebab dia nak mati??? Kita? Tau bila mati??..)
- Pakai serban perasan macam ulamak konon
- Pakai jubah macam orang alim
- Asyik cakap apsal agama, mati, siksa kubur, siksa neraka, syurga…rimaslah…tak de ceirta lagi sensasi ke? Up to date lah sketttttt..
- Blog ngko ni boring aa..asyik citer ntahapahantah…
- Aku dah tau, tak payah nak ingatkan aku pasal hukum
- Tak habih2 benda sama…borrrriingg..
- Apa ni? Kawin pun tak bleh sanding? Kawin apa namanye?
- Nantilah aku solat zuhur, err..asar kul bape ek?aku ..tengah concentrate buat kerja ni.
- This is my most produktif time, ko ajak gi solat dhuha plak

- DAN MACAM2 LAGI KATA2 ANGKUH dan MACAM PANDAI TAPI BODOH…oops..JAHIL (kang kata bodoh marah…)

Tentang ingat mati ni, orang non-muslim pun ingat mati, tapi diorang ingat dengan menempah kawasan kubur je lah.

(Ya Allah Matikanlah aku dalam Islam dan Beriman dan Bertaqwa..amiin..)

SUDAHKAH KAU INGAT?...
(aku dah ingatkannnn....)

p/s - bila aku dah mati, ingatkan kaum keluarga (dan bakal anak2) aku untuk doakan untuk aku..isk isk isk..