Sunday, June 24, 2007

Orang Jahat?

(Mengenali diri sendiri)

Korang perasan tak?, hidup kita ni dikelilingi oleh ramai orang jahat…
Cuba bukak surat khabar, berita TV, radio, ineternet bla bla bla , apa cerita.?
Maka korang akan dapat berita-berita seperti:
- orang jahat bunuh orang baik
- orang jahat bunuh orang jahat
- Lelaki jahat rogol wanita baik
- Wanita jahat di rogol lelaki jahat
- Sungguh jahat mereka itu..
- Serta seribu sebelas ratus lagi jahat…

Maka dah jadi tugas polislah nak kena tangkap semua penjahat…tapi siapa nak bagitahu korang, bahawa di antara manusia-manusia sekeliling korang tu yang mana jahat yang mana tidak jahat…?

Biasa dengar ungkapan cam gini..
- Saya tak tahu rupa-rupanyanya suami saya seorang yang jahat..oh..
- Dia nampak alim..dia suruh saya kirim barang, tak sangka rupanya dia jahat…oh..
- Rupanya saya mendukung biawak hidup. Boy friend saya adalah perogol bersiri..sungguh jahat..isk..isk..
- Saya macam melepaskan anjing tersepit..penat-penat saya bela dia..bila besar di rogolnya saya..jahat sungguh budak itu.
- Hantu tu jahat rupa-rupanya…
- Jahat sungguh kucing itu, di curinya ikan goreng saya!!!
- orang yang berserban itu sungguh jahat,
- pakwe saya jahat yang amat, baru pertama kali jumpa ngan dia, di rogolnya saya secara bergilir-gilir..oh..tuhan saje yang dapat membalas kejahatan mereka..
- Kenapa orang jahat tu tak mati-mati?
- awak ni..jahat lah..hik..hik…hik..

DAH-DAH.. cukup!!! ..nampaknya ramai sangat orang jahat…ni nak kena besarkan lagi penjara nie..

Apa-apapun aku selaku pemerintah kepada anggota-anggota badanku..campur dengan pengalaman berkawan ngan orang jahat yang terdiri dari ahli keluarga (oh..) hinggalah kepada member-member sekepala…nak bagi tips, macamana nak kenal orang tu jahat atau tidak.tak payahlah aku ceritakan tentang orang bunuh orang, rogol orang…bla bla bla..ini adalah ciri-ciri jahat yang ada dalam diri kita sendiri yang sesetengah orang anggap normal, tapi sebenarnya sifat-sifat ini adalah pewaris kejahatan.. .oh..

Ni nak kata hadith pun tak kena, nak kata bukan hadith pun tak kena, apa-apapun dari sekelumit pengalaman diri(wah..wah..skemanya bahasa)..ada kawan aku la ni duduk penjara, di hospital kena belasah, di bunuh..dan macam-macam lagilah..maklumlah pakcik ni dah tua..dah lewat 20 an..harijadi tak lama lagi..bulan november ni ‘genap’lah umur pakcik kepada 28 tahun..orang baik kenalah bagi hadiah..heh heh heh…(ketawa orang jahat)…

Ciri ciri Orang jahat:

Jahat 1 :
Komplen makanan.

“Eh..siapa yang buat mee bandung rasa macam air panas bergaram sajer nih?!!!” Kalau tak silap aku saidina Abu bakar RA. cakap.(kalau tak silap!!):

"Cukuplah seorang yang komplen makanan yang dihidangkan untuknya adalah seorang yang jahat.."

Hmmmmm… tu yang agaknya cerita-cerita P ramlee dulu-dulu, bapak mertua kalau bakal menantu datang rumah disuruhnya anak perempuan bubuh garam dalam air kopi..nak tengok, bakal menantu aku ni komplen ke tidak..kalau komplen..memang sah orang jahat..tak boleh buat menantu..!!! Untuk pengetahuan korang yang dah tahu…Nabi saw tak pernah komplen makanan tau!!, kalau Nabi tak suka Nabi just senyap, tapi orang jahat bila makanan tu tak best mula di makinya..Dia tak sedar yang sediakan rezeki dia adalah Allah…!!!

Jahat 2 :
Membazir.

Tak kira lah member ke, ahli keluarga ke, aweks ke balaks ke kalau membazir memang orang jahat sebab bersaudara dengan setan!!! Nabi dan bagi warning awal-awal : sesiapa yang membazir adalah saudara setan!!! Dah sedara ngan setan tentulah jahat sebab setan jahat…membazir ni tak kiralah bil letrik ke, beli benda yang tak berfaedah ke, ambil makanan banyak dan tak habis pulak tu makan..SMS ke, beli VCD ke..ni adalah saudara setan..bukan aku yang kata!!!!

Apek kata: Jangan anda meminum arak - Arak itu setan yang punya - Kalau anda minum - Nanti setan! - Setan nak minum! - Setan nak minum air apa?

Jahat 3 :
Ambil barang tak mintak izin.

Korang yang duduk rumah sewa ke, asrama ke,korang pernah tak hilang, errr maksud aku harta kepunyaan korang tiba-tiba berkurang macam minyak rambut/ubat gigi/sampoo/putik kapas/bla bla ada toyol ke?.. Lalu apa korang buat, biasa doa melaknat dan sumpah seranah merata-rata!!.. “cis, bangsat, keparat, aku baru up date ubat gigi aku dah jadi separuh..!!! %$@!!! Nasib, tuhan tak buat mulut korang 'masin'..kalau tak habis member-member korang jadi batu atau burung…oh.. Ni pun Nabi pesaaaaaaaan, : (Jangan ambil barang tanpa izin)..walaupun barang tu jenis tak luak, seperti selipar, seluar dalam, bra, berus gigi,dll …sebab dalam sesetengah keadaan kes ini boleh di ibaratkan macam mencuri…melukakan hati…buat orang menyampah kat korang!!! Kalau nak pinjam…mintak izin…itu yang jadi macam kes pecah amanah, mula-mula nak pinjam duit syarikat tapi tak bagitahu..lepas tu datang orang audit..gelabah, maka mula buat kerja-kerja jahat, seperti bercakap bohong, lama-lama mencuri..!!

Apek cakap:

Berbohong dalam dunia
Dicatit setiap kata
Ditimbang semua pahala dan dosa
Bukan dikira berapa banyak lembu dan kuda…

Apek nak bersyair lagi:

Derhaka pada orang tua
Kononnya sudah dewasa
Merompak di sani-sina
Hai! Sungguh buasnya
Akhirnya dia…

Ditembak Polis Diraja Malaysia

Arghhh sebenarnya banyak lagi…korang boleh cari sendiri, boleh rujuk balai polis berdekatan…sebenarnya ciri-ciri kat atas tu ada dalam diri kita tanpa di sedari..komplen makanan, bersaudara ngan setan, mencuri macam Toyol bla bla bla..tapi ada pulak orang jahat yang nak cover dia punya jahat maka dia akan kata..

"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!" HE HE HE HE (ketawa macam puntianak mariam..hahahaha…) Jin pulak menjadi mangsa percaturan... Aku mewakili pihak JIN ingin menegur korang para pembaca atau senang cerita semua manusia, bahawa jangan guna istilah:

"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!" aku rasuk tubuh korang karang, baru korang tahu langit tinggi rendah (walaupun aku tak tahu jarak langit dan bumi..he he)

Sebab sejahat jahat jin tak ada pulak nak mengaku TUHAN!!!
manusia lagi jahat...cuba tanya Firaun laknatullah..!!

jadi kesimpulanya, dah tentu ada jin yang lebih baik dari manusia..aku nak nasihat manusia manusiawi semua, supaya lain kali guna:

"SEKASAR-KASAR MANUSIA, SELEMBUT LEMBUT JIN.."
sebab kami memang kasar, kami tak pandai bergurau, silap sikit terus santau, ha ha ha! Hee Heee Heee (puntianak meriam menganas semula!!!)

moral: manusia mati menjadi jenazah..jin mati menjadi asap!!!

Ps: teringat cerita Abu Lahab yang mana jasadnya tidak diterima bumi..kerana beliau adalah orang jahat!!!..oh…!!!

No comments: