(Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahwa, perkataan “korang” adalah termasuk juga diri ‘aku’ sendiri…harap maklum.)
Salam……
sebagai mukadimmah aku sajikan rohani korang dengan juadah pembuka..terimalah..
Apa Yang Kau Mahu?..(bukan Rabbani)
Lagu asal: Apa yang kau tahu-Rabbani.
Bacalah...bacalah dengan ikhlas
Entry yang ku tuliskan
Itupun dengan izin kudrat Tuhan
Komenlah...komenlah dengan ikhlas
Entry yang ku tuliskan
Sebelum korang jumpa batu nisan…
Seluruh harta teringin engkau dapatkan
Melalu-e- doa murah rezeki
Dan doa umur panjang
Syaitan berdakapan
Dengan kata syahdu
wabak wahan bersatu
Apa yang kau Mahu?
cacilah...cacilah dengan ikhlas
andai aku tersalah
kerana aku memang bukan ustazah..
Mohon rezki murah dan umur yang panjang…
Takut pula terjadi wahan
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
c/o
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
Apa yang kau Mahu?
*ulang korus sampai masuk bulan puasa..ha ha ha..
sekarang masuk lah kita kepada "main course of the day" ..ha ha ha..selamat menjamu rohani...
berdasarkan lagu di atas, aku selaku tuan rumah blog ni nak tanya..APA YANG KORANG MAHU DALAM HIDUP NI?
bila ditanya :
- yang muda remaja, berkehendakkan HARTA dan KEKAYAAN, boleh enjoy puas-puas masa muda..ha ha ha..
- yang tua, nak supaya SIHAT tubuh badan, dapat menikmati erti hidup yang sebenarnya..
- yang intelektual tu nak agar PANJANG UMUR, supaya dapat teroka segala bidang ilmu dan contribute kepada tamadun manusia..
wah wah wah..nampak gayanya ketiga-tiga perkara ni amat penting kepada korang ye? aku highlightkan dalam bentuk point, so dalam hidup ni korang mahukan :
- HARTA
- SIHAT
- UMUR
itukan yang ada dalam doa "panjang umur, murah rezeki" tu
(aku pun sama..isk isk isk...)
skarang,
- Nabi Ayub a.s ketika diuji dengan penyakit kusta dan sopak (rujuk kitab/ustaz), semasa isterinya menyuruh beliau berdoa mohon kesembuhan dari Allah, telah berkata(lebih kurang maksud) :
"biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah dah bagi kat aku, aku MALU untuk mitak sembuh"
- Nabi Idris a.s ketika Izrail datang buat ziarah kepadanya (bukan nak cabut nyawa), beliau berkata (lebih kurang maksud):
"cabutlah nyawa aku sekarang, aku nak rasa macamana penderitaan maut tu"
- Nabi Muhammad SAW pula ketika Allah tawarkan untuk tukarkan Gunung Uhud untuk menjadi emas dan emas tu akan jadi kepunyaan baginda, apa jawab kekasih Allah ni ?(lebih kurang maksud)
"biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar aku akan ingat padaMu, dan bila aku kenyang, aku akan bersyukur padaMu"
aku kata : ok..skarang kita lihat para kekasih Allah, tidak berkehendak LANGSUNG akan umur panjang dan harta banyak macam kita..isk isk isk..
skarang kita beralih kepada era para sahabat/sahabiah pula..
- Abu Bakar r.a ketika terlanggar tunggul kayu dengan tak sengaja lalu luka kakinya, berkata (lebih kurang maksud) :
"sudah beberapa hari aku tak senang hati kerana Allah tak bagi musibah(sakit) kat aku, seolah-olah Allah murka kepadaku yang dah banyak buat dosa..tapi alhamdulillah, hari ni kaki aku dah luka berdarah terlanggar tunggul kayu, semoga Alah mengampuni segala dosa-dosaku.."
dan Abu Bakar r.a pernah berkata (lebih kurang maksud) :
"aku ingin sekali menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya dimakan lembu"
(diluahkan kerana rasa IMAN DAN TAQWAnya sampai ketahap "tepu" kepada Allah)
- Aisyah r.a pula pernah berkata (lebih kurang maksud) :
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu bimbang akan hari pengadilan di Padang Mahsyar kelak"
- Umar r.a pernah berkata (lebih kurang maksud) :
"aku ingin jika ibuku tidak pernah melahirkan aku langsung"
(juga kerana rasa IMAN DAN TAQWAnya sampai ketahap "tepu" kepada Allah)
- saidina Khalid r.a sewaktu pulang dari medan peperangan pernah berkata (lebih kurang maksud) :
"hati ini ingin sekali mati syahid di jalanMu ya Allah, namun aku masih lagi hidup dan pulang ke rumahku yang sempit ini dan meninggalkan syurgaMu yang luas, aku sangat cemburu kepada mereka yang telah syahid di jalanMu"
nah..mereka ini adalah golongan yang Allah dah jamin dapat syurga sejak dari mereka hidup lag, namun takde sorangpun yang berkeinginan kepada UMUR YANG PANJANG DAN HARTA YANG BANYAK..ohh..
nota : takutkan Allah adalah menunjukkan jalan keapda segala kebaikan, harap maklum.
SEKARANG...kita tanya pulak pada setan...
- apa setan mahu?
"aku nak panjang umur sampai kiamat"
(dan Allah telah makbulkan doanya serta melaknatnya!!)
- apa Firaun mahu?
"aku mahu umur yang panjang"
- apa yang Qarun mahu?
"aku mahu harta yang bertimbun"
nota : syaitan mintak panjang umur sampai kiamat, dan Allah bagi rezeki dalam bentuk panjang umur kepadanya sampai kiamat..Firaun, Namrud, Qarun mntak harta menimbun dan Allah bagi, tapi mereka dah mati dan bakal masuk ke neraka..ohhh..
skarang aku nak tanya, apa korang mahu?
(no komen!)
ok, kita berhenti sekejap tanya itu dan ini, skarang kita tanya kepada ahli neraka, apa yang mereka mahu?
"kami mahu kembali ke dunia walau sesaat untuk buat kebaikan!!!"
pendek kata, Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka semuanya mintak MASA kat Allah untuk kembali ke dunia untuk buat amal, mereka mintak MASA!!!
OIT KORANG SEMUA..OLEH KERANA KORANG BANYAK BETUL MASA BACA BLOG AKU NI, AKU NAK TANYA..APA YANG KORANG MAHU?
(sila jawab sendiri sebelum terlambat..ohh..)
sebagai penutup, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (lebih kurang maksud) :
.."umat akhir zaman akan ditimpa penyakit "wahan" sehinggakan Allah cabut kegerunan orang kafir terhadap orang Islam"
tanya sahabat : "apakah penyakit wahan?"
jawan baginda SAW (lebih kurang) :
"cinta dunia dan takut mati"
sebagai mengakhiri hidangan rohani ni aku nak hidangkan korang pencuci mulut berupa serbuk lada sulah..ha ha ha..siapa makan lada dialah yang terasa "pedas"..
tanda2 korang dijangkiti penyakit "wahan" adalah :
- suka join "skim cepat kaya"
- tertipu dengan ubat panjang umur
- simpan duit banyak-banyak dalam bank
- nak jadi artis/pelakon/celebriti..bla bla bla
- berangan nak jadi jutawan
- yang lelaki tengok masjid kosong takde rasa apa-apa
- lupa bahawasanya bila-bila masa akan mati
- bercita-cita nak tengok ocean eleven, pastu ocean twelve, pastu ocean thirteen, siri drama korea dan filipin, sembilu kasih bla bla bla
- suka tengok konsert atau siaran sukan secara "live"
- suka hias rumah dengan benda mahal-mahal
- update lagu terkini dalam carta lagu
- malas baca Al-Quran
- solat lengah-lengah bagi perempuan
- malas solat kat masjid bagi lelaki
- takut tengok orang mati
- takut hantu
- update blog hari-hari..(aik?)
"eh, apasal aku pulak rasa pedas ni...ohhh..isk isk isk..(air..air...)"
ps dari setan : aku mau semua anak cucu Nabi Adam masuk neraka..aku mahu mereka cinta dunia dan takut mati..(itulah dia "wahan")..rasanya bila dah duk dalam kubur baru aku tahu apa aku mahu...ohhh...
No comments:
Post a Comment