Di zaman yang hampir monopuos ini, sebarang percubaan korang untuk mengamalkan atau menghidupkan sunnah Nabi di zaman “nak berak kena bayar 50 sen” ini.., akan membuatkan korang menjadi tidak kool di pandangan mata korang yang lain…skarang ni aku nak cerita tentang orang islam yang tidak ‘kool’ di pandangan mata aku..
Baiklah, sebelum korang yang budiman semua terutamanya yang mengenali aku mengkondem aku dengan ayat:
"hek eleh, kau pun bukannya cool..diri sendiri pun tak betul, nak cerita agama konon, nak mengaku pencinta sunnah Nabi SAW yang teragung, pergi mampos!".
Benar, aku memang akan mampos....
Dan kerana aku akan mamposlah maka aku
Aku mengaku aku tak cool, dan aku peduli apa?
Hee hee hee hee hee (gelak di rasuk iblis)
Baiklah, kalau aku tanya korang nama 10 sahabat ini dan apakah amalan sahabat ini yang membolehkan mereka mendapat jaminan syurga, boleh korang cerita?
Huh! Tapi jika aku Tanya 10 tokoh yang korang kenal (dan kompom yang korang benci) yang mendapat jaminan masuk neraka tentu korang tahu bukan?, dan korang boleh cerita detail pulak apa dosa mereka yang buat mereka masuk neraka sedangkan mereka masih hidup dan belum mampos lagi!!
Aku dan korang semua patut menangis dan belajarlah jadi cool..
Bila aku cakap kita kena berjuang ikut cara nabi yang asal, ikut sunnah yang asal, korang akan cakap aku tak kool, ketinggalan zaman dan tak memahami isu isu semasa serta gagal mentafsirkan ayat al quran ikut peredaran zaman..
Ya, aku tak cool.. aku ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’
Dan aku peduli apa?!
AKU TAK PERLU PEDULI KEHENDAK MANUSIA DALAM URUSAN UGAMA..
TAPI..AKU PERLU PEDULI KEHENDAK AGAMA DALAM URUSAN MANUSIA!!
Bagi aku, Nabi Muhammad SAW adalah contoh manusia yang paling cool dalam meyelesaikan masalah ugama..kemudian sahabat Abu Bakar RA mencontohi beliau ketika menjadi khalifah islam, lihat betapa cool nya Abu Bakar Ra dalam menyelesaikan masalah ummat islam zaman itu..(rujuk kitab)
Bukan sahaja tak kool! Malah korang juga akan di anggap ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’
Sebagai orang islam, kita semua kena solat bukan? Dan orang yang solat dia ada sifat sifat dia..dalam Al Quran ada cerita sifat orang yang bersolat dalam ayat 19 surah Al Maarij..
Dalam surah tu cerita orang yang bersolat, tidak terkesan dengan kesusahan dan kesenangan dunia, pendek kata orang yang bersolat mempunyai sifat yang 'cool'..
Maka moralnya di sini, bila korang di timpa kesusahan, sebagai seorang yang bersolat, tak payahlah korang nak terpekik terlolong, nak keluh kesah, bukankah orang bersolat percaya dengan takdir? Return to the source…Dan begitu jugak bila dapat kesenangan duniawi jangan kita perasan Allah sedang sayang kat kita, orang kapir pun Allah bagi nikmat, firaun dan qarun berapa banyak mereka punya harta… arghh, pendek cerita, korang semua sebagai orang yang bersolat tentu tahu bahawa apa apa yang berlaku dalam dunia ni, samada kesenangan atau kesusahan itu semua dari Allah dan semua adalah ujian.. Untuk test iman..
Aku kata : jika korang sedang dapat kesenangan dunia, tak payahlah nak cerita kat semua orang, tulis dalam akhbar korang ni sedang bahagia itu ini begitu begini, buat seluruh dunia tahu korang sedang bahagia, bukan apa, semua dalam dunia ni bersifat sementara dan fana, nanti bila kebahagian itu hilang, korang jugak yang malu, sedih kecewa..dan jadi satu beban pulak pada hati nurani korang untuk ‘paksa’ orang lain percaya bahawa korang sedang bahagia, tak payah..!! jadilah orang islam yang cool..dapat kesenangan hidup, relexlah, tak rugipun orang tak tahu..dan sebenarnya adalah salah korang cerita nikmat hidup korang pada orang yang tak dapat berkongsi, sebagai contoh korang naik gaji 3 kali ganda, korang pun cerita pada orang yang dah berpuluh-puluh tahun kerja tapi masih tak naik gaji, nanti bila dia putus asa dengan tuhan, korang jugak yang berdosa sama, sebab tu Nabi pesan kalau nak makan makanan yang ‘mahal’, jangan makan kat luar rumah, takut jiran nampak dan kecik hati, lainlah korang niat nak kongsi nikmat tu..
So moralnya kat sini adalah kalau nak cerita nikmat, pastikan bercerita kepada orang yang dapat kongsi nikmat tu, contoh korang kerja government dan dapat kenaikan mendadak, bolehlah korang cerita kat mak bapak korang kerana of course mereka akan dapat tambahan ‘sedekah’ dari korang, tapi bila korang cerita pada dunia, apa jadi? Dah tentu ada orang cemburu dan putus asa dengan tuhan! Sebab tu orang kaya tak di galakkan berjiran dengan orang miskin, dan jika nak berjiran kena bina rumah dan perhiasan yang lebih kurang sama dengan jiran, korang paham tak?
Balik pada tajuk utama mengenai tindakan muslim yang tidak cool..
Maka nasihat aku bila korang sedang dapat kesusahan hidup, tak payahlah nak cerita kat semua orang, cerita hanya kepada orang yang dapat selesaikan masalah tu..., dan paling baik cerita kepada Allah..jadilah orang islam yang cool, yang tidak terkesan dengan suasana, itulah ciri orang yang bersolat..
Aku tahu korang sedih dengan maksiat ummat, dengan system, dengan kerajaan, dengan dunia dan apa sahaja, tapi bila korang luahkan ketidak puasan hati, bila korang lepas geram dengan kata kata, tidak dapat tidak akan terbukak aib saidara islam yang lain, di sini kesilapan bermula..
Korang sebagai orang islam yang bersolat, yang cool dah tentu tak akan cerita aib saudara islam atau jatuhkan maruah saudara seagama, banyak hadith yang melarang dan mengecam sape sape yang dengan sengaja jatuhkan maruah dan hina saudara seugama, bukan semua nikmat boleh di cerita, bukan semua kesedihan boleh di cerita dan SEMUA KEAIBAN tak boleh kita cerita..! Paham tak?
Ingatlah, Orang bersolat itu cool, bila membawa ketaatan dalam solat ke luar solat, insyaAllah….
Tapi kita semua sedar, ramai umat hari ni yang hidup menjauhi amalan agama kerana bagi mereka, semua itu tak cool, tak moden, tak canggih, di zaman ini bercerita tentang kayu golf lebih asyik daripada bercerita tentang kayu sugi, membaca blog hiburan jauh lebih asyik dari baca al quran, mendengar aib saudara seugama jauh lebih asyik dari bertaubat di sepertiga malam..
Maafkan aku kerana tak sporting dan tidak cool..
Aku mengaku aku tidak cool..
Dan sekali lagi, aku peduli apa?!!!
Sape suruh korang tak cool?
Ha ha!
Ps: Orang yang cool adalah, orang yang tidak cerita semua NIKMAT hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh berkongsi NIKMAT tu… juga tidak cerita semua KESEDIHAN hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh tolong selesaikan KEDUKAAN itu.. juga tidak cari salah orang dan tidak cerita AIB orang, barulah jadi mayat yang cool…! Doakan aku sama masuk syurga wahai sahabat..aku juga doakan korang masuk syurga wahai sahabat…
No comments:
Post a Comment