Saturday, June 9, 2007

Kita Sayang Allah tak?

(sepetang selepas aku membeli ikan di tepi pantai..)

Berhampiran Taman Millenium, tak jauh dari pantai ABF di MLNG Housing berhampiran rumah aku , menjelang malam (petang pun ada, tengahari buta pun ada juga...) sungguh ramai 'kembar siam' di pelosok taman, sama ada terceruk ataupun tidak tersorok. Melayu pun ramai juga...majority rasanya. Tak sangka ramai kembar siam melayu di Malaysia.

Aku pun tiba-tiba dapat ilham, dan post ini ditujukan kepada adik-adik diluar sana, yang ghairah nafsu seks yang memuncak, tapi tak boleh nak kawin lagi.

Namun sesuai juga bagi yang suka, menghisap, menyedut, mengemam, mengunyah, menelan, atau memasukkan CILI ke dalam mulut, dan merasa kepedasannya sehingga mengjilat gigi!!!

(apa gelak-gelak..suka tengok orang pedas?)

Allah MAHA PENYAYANG dan MAHA MENGASIHANI...

  • Bila korang sakit, korang kata Ya Allah…sakitnya……
  • Bila korang menderita korang kata Ya Allah…tolonglah daku
  • Bila korang bersedih, korang kata Ya Allah hanya KAU yang memahami
  • Bila korang kecewa, korang kata Ya Allah…kurniakanlah kepadaku kesabaran..

Akan tetapi apabila korang happy, senang, bahagia, pelangi nan indah, mentari jingga…banyak duit, takde masalah, naik gaji, dapat bonus…kepada Allah yang sama jugaklah korang buat:

  • Maksiat taman bunga/semak samun/pondok buruk/hotel mewah/hotel murah/dalam kereta
  • Maksiat minum arak
  • Maksiat tengok laman web lucah

  • Maksiat tengok pompuan sexy
  • Maksiat bergelak ketawa dan bertepok tampar dengan bukan muhrim
  • Maksiat rumah urut
  • Maksiat tengok ratu cantik atau ratu hodoh dan gelenyar
  • Maksiat tengok pelakon yang ghairah berpelukan dan berkucupan

  • Maksiat dengar penyanyi dan terkinja-kinja
  • Maksiat meninggalkan solat
  • Maksiat meninggalkan solat awal waktu
  • Maksiat meninggalkan puasa
  • Maksiat IM (instant messenger) dengan kenalan bukan muhrim. (Bukan saja cakap perkara maksiat, tapi kalau saja-saja borak pun maksiat ye...)
  • Maksiat berfantasi bersama artis bukan muhrim
  • Dan lagi...dan lagi..dan lagii.............wah wah wah....

Kalau korang terlupa atau saja-saja buat lupa, aku nak highlightkan benda ni..

  • Allah bukanlah pencegah maksiat jabatan agama – malah Allah jauh lebih tahu apa yang nak dicegah
  • Allah bukanlah jurugambar ala-ala perasan paparazzi – malah Allah jauh lebih advance rakamannya
  • Allah bukanlah wartawan yang penanya berbisa – malah Allah Maha adil, DIA jaga maruah korang.
  • Allah bukanlah kaunselor jabatan agama yang ada mengambil kesempatan (rujuk kes org kena tangkap khalwat, kena pulak 'layan' ustaz pencegah maksiat tuuu) – Malah Allah tak perlu pun amik apa-apa kesempatan

Namun , jangan rasa Allah tidak akan memberi balasan di dunia.
Sekali atau seribu kali terselamat, bukan bermakna Allah akan kasik korang peluang selamanya. Korang ingat Allah tak nampak? atau ingat Allah maafkan sebab korang tak kacau orang? (buat dosa sendiri-sendiri dan tak menyusahkan sesiapa)jangan macam tu kawan…

S.E.B.E.N.A.R.N.Y.A...

Allah kasihankan korang..tapi korang yang tak kesiankan diri..(aku lah ni..isk isk isk…)


Allah bagi peluang untuk pergi solat, meminta sebanyaknya kepadaNYA, mengadu dan menagisi dosa-dosa lalu, dengan Allah bagi nikmat umur dan sihat. ..

Allah jaga aib korang, tapi korang yang tak pandai jaga aib korang sendiri.

Allah tutup malu daripada mak/ayah/orang kampong/orang opis/orang rumah/orang suratkhabar gossip daripada tahu kegiatan tak bermoral korang. Allah bagi peluang untuk insaf dengan tunjukkan berita-berita orang kena tangkap sebab arak/zina/mati selepas hubungan seksual (bagi yang berstatus anak dara)/lalai dari solat/tak bersungguh di bulan puasa dan arghhhh… byk sgt lagi..


Allah jaga hak korang, tapi korang tak jaga hak Allah
Allah bagi korang hidup, dan sediakan makanan, udara, kesenangan, internet, agar korang kembali dan sentiasa ingat kepadaNya. Tapi korang tak jaga hak Allah, syirik dan tidak taat segala rukun ISLAM dan IMAN, langgar perintah Allah dan seronok bergulumang dengan maksiat...isk isk isk... Actually, dengan perangai korang macam ni, korang ada hak ke? Dah la Abdi , Hamba Abdi, tapi masih ingkar dan eksyen..pirrrrraaahhh..


Allah bagi korang peluang, tapi korang tak ambik peluang tu.
Bila orang tegur korang marah, korang rasa apa korang buat tu semua betul. Andaikata ada orang ingatkan, korang kata orang tu kolot, serious, tak cool, gelabah, ntahapahantah, perasan alim, malaikat, kacau, cam bagus, boring, skema, membebel, leceh, potong stim…dan macam-macam lagi. Padahal Allah nak bagi peringatan, tapi dah korang tu DEGIL dan SOMBONG, macam dunia ini korang yang punya..apa kes?

Allah sayang korang, 70x ganda lebih daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, tapi sungguh sikit orang yang SAYANG Allah.
Orang yang harapkan kasih sayang Allah ramai lah..Orang yang perasan Allah sayang dia pun ramai, padahal Allah selalu murka, dia tak sedarrr…(aku la tu..ohh..)…Na'uzdubillah…

Allah bagi masa yang cukup untuk bertaubat, tapi korang tak tau buat taubat.
Korang ingat masa tu ialah RTM (rehat tunggu mati) Masa tu akan berlalu dan akan sampai masa mati. Padahal itulah SATU-SATU NYA modal untuk pergi ke syurga, dan jauhkan dari walau setitis api neraka

Allah dah bagi banyak peringatan tapi korang yang tak nak ingat dan tak berminat nak ingat.
TAK BERMINAT NAK INGAT!!...
TAK BERMINAT NAK INGAT!!!!!!...
TAK BERMINAT NAK INGAAAAATTT!!!!!!!!!!!!!!

Nota : penulis pengsan kerana sedih sebab diri sendiri memang jarang ingat Allah………..maka berakhirlah post ini begini sahaja….jgn marah aaa…pergilah ingat Allah SELALU dan setiap masa, dimana jua anda berada (kalau dalam kubur dah jadik jenazah, baik tak yah….kat luar kubur je yang masih ada tawaran..ye!! kat luar kubur, macam ko yang sedang baca post aku ni…ye engkau dan aku skali……..KO LAH WOI!!!....)..

KAU, KOME, MIKE, ANTA, ANTUM, ANTU?, TUAN HAMBA, MUNG, MU, DEMO, HANG, AWAK, YOU, KORANG, KITAK dan yang utamanya AKU!!!

Jadi, marilah kembali kepada Allah dengan sesungguhnya...

  • Yang masih ber”kembar siam” kat taman bunga, insaflah cepat-cepat sebelum jadi jenazah..isk isk isk..
  • Yang masih beronline dengan bukan muhrim, cukuplah sekadar ini saje sebelum jadi jenazah..(aku pun..ohh..)
  • Yang tak solat, start lah solat sebelum jadi jenazah..
  • Yang ada tinggal solat, jgnlah tinggal lagi sebelum jadi jenazah..
  • Yang tak solat awal waktu, solatlah awal waktu sebelum jadi jenazah..
  • Yang banyak duit, gunalah untuk agama sebelum jadi jenazah..
  • Yang ada pangkat, jagalah betul-betul amanah sebelum jadi jenazah..
  • Yang isap rokok, bawak-bawak la berentilah isap...gunat duit untuk bagi kelebihan pada orang lain sebelum jadi jenazah...
  • Dan tak lupa juga, yang 'makan cili' tu...janganlah 'makan' lagi..(aku ler tu..ohhh..)

Ps : Kepada yang masih rasa cool dan relax lagi…boleh try baca kitab “Peringatan Bagi yang Lupa atau Kitab Tanbihul Ghafilin.” Macam baca buku cerita seram, tapi buku ni buku yang paling seram…….Memang gerun, memang insaf, memang takut…..ohhh..

No comments: