Thursday, June 21, 2007

Aku Boleh Murtad?

(Na'uzubillah..)

Kali ini, aku yang kurang ilmu ni akan cuba mengupas isu murtad……

(*yawn..yawn..yawn..* - kedengaranan suara orang menguap tanda boring dengan tajuk ni..he he he…)

Tapi…bagi menghilangkan mengantuk anda….
Ini ada berita baik..

Isu murtad di sini, isi pentingnya bukan si Minah masuk agama lain sebab pakwe/suami, atau anak pak kali masuk agama lain sebab terpengaruh dengan gerakan gereja atau pak pin buat agama sendiri sebab boring dengan agama lama, atau si polan dapat 'wahyu' dalam mimpi or masa pergi bertapa…bukan..!!!

Isu murtad di sini…ialah bagaimana nak elakkan diri kita dari murtad dan memahami yang kita pun bila-bila boleh murtad dengan aktiviti seharian kita….na'uzubillah…

Bismillaa hirrahmaa niirahiim.

Mukaddimah:

Kalau kita tanya pendakwah muaalaf, apakah benda yang paling bernilai?

Rata-rata ramai akan jawab, hidayah ALLAH. Akidah Islamiyyah adalah nikmat yang tidak ternilai. Sahabat nabi semua pun muallaf. Muallaf ni….memang best…Sebab diorang dapat compare. Dan dengan itu, diorang yakin dan bertambah yakin. Dan diorang pun tak nak orang lain terus sesat, maka diorang akan bersungguh-sungguh pelajari ilmu ALLAH dan sebarkan. Mereka tahu batas-batas yang akan menyebabkan akidah mereke tergelincir sebab mereka telah melalui benda-benda tu…

Namun, perasaan ini tidak dapat aku rasa. Kurang sensitifnya aku dengan permasalahan ini. Aku TERLALU sibuk dengan ilmu-ilmu lain seperti fekah, muamalah, munakahat, Tak dinafikan SEMUANYA AMAT PENTING. Tetapi yang paling penting ialah MENDALAMI dan MEMAHAMI ilmu tauhid, akidah, usuluddin dan seangkatannya. Bagi diri aku, aku paham Allah itu Esa. Aku dah paham segalanya. Sebab itu aku lalai bab ini…Aku kata, "Aku dah yakin dah Allah ni ..Nak paham apa lagi??" Maka di situlah bermulanya masalah aku….
Masalah kaum aku.. Dan kali ni, aku nak cerita,

1. Apakah kelemahan aku sampai ramai sahabat sebangsa murtad.
2. Bagaimanakah aku pun berpotensi untuk murtad DAN ADAKAH AKU SEDAR HAKIKAT ITU?

Kelemahan aku.

Banyak kes murtad bukan calang orang. Mereka yang berpendidikan agama. Datuk Imam, Bapak imam, dia sendiri Ustazah sekolah rendah. Tapi akhirnya murtad. Sedih? Heran? Tak Mungkin? Tipu? Palsu?

Tidak…ini benar…….Janganlah sedih…tapi marahlah diri sendiri…….sebab kalau aku tak marah kat diri aku, mungkin aku pun boleh murtad sebab aku ni, datuk bukan imam, bapak pun bukan, aku pun bukan ustaz. Maka risiko lebih tinggi..?? Na'uzubillah…

Aku sendiri tidak menggerakkan usaha-usaha mencegah murtad. Serangan akidah bertalu-talu pada zaman moden ini. Terus masuk ke rumah melalui dajjal 4 segi (TV). Aku tak mantapkan diri aku dengan ilmu akidah. Takde persediaan langsung. Takde strategi nak menghadapi musuh.

Masalah kat sini ialah kita tak kenal musuh. Kalau kita tak kenal musuh dalam perang, maka macam mana nak menang? Jangan tuding jari kepada mubaligh agama lain sebab dah itu kerja mereka. Bolehkah kita salahkan syaitan sebab menggoda kita di dunia? Bukan kah itu kerja mereka?

Sama seperti serangan akidah yang masuk ke rumah kita, terus kepada anak-anak kita tanpa kita sedari. Macam mana cara nak mantapkan hati kita dan ahli keluarga kita dengan akidah yang padu? Aku takde ilmu ni. Ilmu dunia lain tu..tau memang mantap…ilmu TAUHID yang satu ni??? Pergh…aku tak carik pun sebab aku ingat tak boleh terjadi kat keluarga aku… Aku ingat aku dah pandai. Keluarga aku dah pandai dan faham benda SIMPLE ni. Maybe sebab aku dilahirkan dalam keadaan ISLAM , sebab itu aku relax je bab ni….

Itulah maksud tak kenal musuh… Tak de ilmu nak kenal musuh. Maka tak de ilmu jugaklah nak melawan musuh.

MUSUH

Maka musuh kat sini ialah diri kita sendiri.
Kita yang membenarkan semua ini terjadi.
Kita benarkan bisikan syaitan.
Kita benarkan kata-kata propaganda atas alasan logik akal.
Kita benarkan open minded yang tidak terkawal dan tidak mengikut batasan dan tertib syariah dalam perbincangan.
Kita benarkan pergaulan bebas atas dasar perpaduan masyarakat majmuk.
Kita benarkan diri kita dan keluarga kita tidak terdidik.
Kita benarkan anak kita menonton kartun jepun dan omputih 24 jam sehari.

Tak termasuk akademi lagu dan sifu yang kita angkat martabatnya untuk menjadi mentor dalam rancangan tertentu yang membuatkan hati tidak dapat menerima makrifat Allah.

Maka akan tepatkah pandangan hati-hati itu?
Akan tepatkah hati yang sentiasa dibuai perkara sia-sia seperti sinetron.
Akan tepatkah hati yang selalu dibuai dengan kata-kata puisi dan lagu-lagu nasyid yang menyebabkan kurangnya peratusan kita mendengar dan mendendangkan ayat-ayat al quran dan zikir kepada allah?
Akan tepatkah hati yang selalu mendengar nyanyian dan kata-kata manis artis dan model-model iklan. Aurat-aurat mereka? Senyum mereka?

Pokok pangkalnya, Hati kita kena jaga supaya bersih. Perkara sia-sia akan memudarkan hati. Zikir akan melembutkan hati.

Kata-kata puisi manis ciptaan manusia aku suka dengar. Ayat Allah lagi perfect tapi aku tak suka dengar/hafal/kaji…….jahilnya aku..Lalu aku pun inginkan altrenatif. Maka nasyidlah alternatifnya….Boleh ke?

Oh ..ampunkan aku ya Allah…

Juga kalau aku ingat internet ni alternative kepada information tentang ISLAM, maka aku salah. Ini hanya tambahan, dan bukan alternative. Kalau bukan tambahan pun ia hanya launch pad, dan bukan alternative dari berguru direct dengan ulama dan mendengar ceramah/kuliah agama dari ulama.

Kalau semua di atas kita benarkan….maka..kitalah musuh kepada kita..
Maka kenal lah musuh ANDA….dan bagaimana nak menghadapi musuh-musuh ini.
Moga dapatlah kita mengatasi kelemahan kita dalam isu ini.

Contoh soalan ilmu tauhid yang susah aku nak tangkis:

1. Muhammad ada ibu bapa seperti kita. Tapi Isa takde bapa. Maka dia adalah Anak Allah.
2. Siapakah NAbi terakhir? Bukankah Isa akan turun pada hari-hari terakhir alam dunia ini?

*Buat yang belum tahu, jawapannya di akhir rancangan.

Disebabkan kelemahan ilmu tauhid lah, kita juga tidak berdakwah pada bukan islam. Contoh satu kampung melayu, satu keluarga cina…Turun temurun keluarga cina tu masih dengan agamanya sendiri. Aku takut nak approach sebab keyakinan tak kuat. Sebab Ilmu tak ada. Aku tak pernah carik. Tak yakin pada Allah sebenar-benar yakin. Takut dengan dugaan Allah. Takut orang bukan Islam tu saman sana, saman sini. Tindas sana sini. Takut ISA, Takut serba serbi. Maka layakkah aku kata aku ni sudah mantap akidah?

Lihat sejarah bagaimana mantapnya akidah Sumayyah dan Yaseer. Keluarga yang pertama syahid di jalan Allah. Subhanallah! Aku berpotensi? Layak untuk murtad?Ya, sememangya semua orang berpotensi dan layak untuk murtad. Bezanya cuma risiko itu besar atau tidak.

Jika kita sentiasa sedar dengan perkara syirik, maka kita akan agak terselamat. Namun berdoalah hari-hari supaya kita mati dalam keadaan yang baik (husnul khotimah)

Cuma, masalahnya, bila sebut syirik, kita akan ingat syirik besar seperti sembah berhala dan mintak pertolongan dari syaitan/jin

Syirik Kecil

Bagaimana dengan syirik kecil? Riak? Takabbur? Bagaimana dengan amalan masyarakat. Apakah yang mencemarkan akidah dan sekaligus boleh membatalkannya? Adakah aku tau?

Aku tak tau…Sifat riak dan takabbur ini amat perlu diperhalusi. Sentiasa lah beristighafar. Ingat allah banyak bila lintasan riak dan takabbur itu menjelma. Jangan suburkan ia dengan melayan dan memberi seribu alasan untuk membenarkan rasa riak dan takabbur itu. Kurang rasa yakin pada janji Allah dan bersangka buruk dengan Allah juga amat bahaya.Hari ini ada kawan kawan aku (mari mengumpat..) yang buat syarat denganAllah..oh..

"kalau Allah bagi aku kaya, aku sedekahlah"

"kalau Allah bagi aku kereta, aku akan kerap ke masjid"

"kalau Allah jodohkan aku dengan lelaki yang soleh, aku akan jadi wanita beriman"

"kalau Allah menangkan aku dalam peraduan tu, aku akan pergi haji"

"kalau Allah bagi menang dalam pilihan raya dan Negara ini di perintah oleh parti aku, aku akan memakmurkan masjid"

"kalau Allah tunjuk diri Dia, baru aku masuk islam"

Oii.. pergi mampos dengan syarat syarat korang wahai manusia, Allah tak perlu di 'ugut' oleh korang… sebaliknya korang yang selalu di 'ugut' oleh Allah, Cuma korang( termasuk aku)jer yang tak perasan..oh..nauzubillah…

Juga kalau kita baca apa2 ayat Allah or even buat solat hajat, jangan bergantung pada ayat tu (yang ni semua orang tahu) Cuma apa yang aku baru tahu ialah:

Buat semata2 kerana Allah suruh buat.
Baca semata2 nabi mengajarkan itulah caranya untuk Allah tolong
Itu cara paling selamat.

Kurang yakin juga dapat kita paham dengan contoh2 ini:

Aku buat kerja sebab nak amik hati bos, baru bleh gaji naik.
Aku tak boleh pegi solat dhuha waktu pagi sebab waktu tu paling best kita focus kerja
Aku tak boleh solat berjemaah sebab nanti tak khusyu
Aku tak boleh tegur orang sebab takut orang tu kecik hati
Aku tak boleh jaga kain orang sebab nanti orang tu kata aku nak tunjuk pandai
Aku tak boleh confident dengan apa yang aku tahu sebab nanti aku salah.
Aku tak boleh yakin 100% sekarang sebab kelak, in future aku kena jilat balik ludah aku. etc…………..

Nasihat aku untuk aku :

Usahakan dengan ikhlas apa yang aku ada/tahu pada hari ini, dan Allah akan tambahkan pemahaman dan iman aku..InsyaAllah..

Amalan masyarakat

Masyarakat kita juga masih dengan bomoh, tangkal, horoskop dan sebagainya. Aku bagi contoh adat melayu misalnya terlalu totok dengan perkara2 yang berkaitan agama hindu. Bersanding umpamanya. Menepung tawar. Itu semua bukan budaya orang India, tapi amalan keagamaan hindu.

Ada yang 'pandai' ni kata," Alaa….kita tiru je, bukan niat apa2 pun…dah adat, bukan kita ikut agama hindu, kita buat je..takde maksud apa"

Aku kata, " Kalau aku letak satu berhala, pastu kau pergi depan berhala tu, rapat dua tapak tangan, letak kat dada, and tunduk sikit (macam hindu semayang), tapi jangan niat apa2..boleh ke?"

Membenarkan seusatu itu adalah dengan

- Hati
- Lidah
- Perbuatan

Nah…..skang macam mana? Nak bersanding dan menepung tawar lagi ke?

Aku takut…..sebab dah boleh tergelincir akidah ini macam.
Amatlah bahaya bagi orang yang dah murtad, tapi tak sedar…Nauzubillah

Tu belum lagi tepung tawar rumah, gantung paku, kain kuning, letak quran/yassin bawh bantal bayi, letak gunting, pulut kuning, hantu malam, hantu maghrib, jembalang, budak meracau nanti, tak bleh tengok, tak bleh angkat macam ni, peganng macam ni, taboo…dan byk lagiiiiii arghhhh..pening akuuuuu……

Marilah kita me-renew syahadah kita skang jugak dan bencilah kepada atas segala benda yang telah kita lakukan terdahulu, yang menyekutukan Allah, secara kita sedar atau tidak.

"Ash ha du alla ila ha il lallah, wa ash ha du anna muhammadar rasulullah"

Oh ye..sebagai penutup, ni jawapan kepada soalan tauhid tadi…

(Aku pernah try explain ni dengan seorang non-muslim dan seorang muallaf. Dua2 dapat terima benda ni dengan positif sekali. Sebab ilmu tauhid itu mesti guna logik akal, tapi ilmu syariah tidak)

1.Nabi Adam dan Siti Hawa juga tidak ada bapa. Malah mereka tidak ada ibu . Adakah mereka ini anak tuhan? Kristian tidak menganggap mereka anak tuhan…kenapa pulak? bukankah kejadian ini lebih pelik dari Isa yang ada ibu? Kenapa mereka tidak dianggap anak2 tuhan yang sulung???

2.Sebagai contoh, saya ada dua anak lelaki. Ahmad dan Ali. Abang nama Ahmad. Abang pegi oversea. Ali (adik) meninggal. Lepas tu abang (Ahmad) balik semula ke Negara. Adakah abang (Ahmad) itu anak terakhir? Bukankah adik (Ali) tetap anak terakhir?

Ps : aku tertarik dengan kata2 ni…

" orang kafir yang bijak-bijak sedang mendekati islam, sedangkan orang islam yang bodoh-bodoh sedang meninggalkan islam "

orang non islam punyalah mahu mecari keburukan dan kekurangan islam, hingga tiap ayat dalam quran dorang kaji dan teliti(hingga dorang sedar kenapa ayat surah iqra' pertama-tama sekali diturunkan) sedangkan yang sudah sedia islam sekadar megakui dengan lidah, "aku islam" tapi tak pernah menghayatinya, macam ramai yang dah minum arak tapi tak mau makan daging khinzir- sedangkan dua-dua itu haram hukumnya

Dakwah tak dijalankan bersungguh dan beramai2 oleh SEMUA orang yang paham. Ada yang hanya meletakkan peranan dakwah pada bahu sesetenganh golongan, padahal ada fadhu ain dan fardhu kifayah dalam agama.. Berapa jam sgt aku spend time untuk mengembangkan dan menyampaikan agama? SO, aku lah yang bersalah kalau orang murtad....memang aku...


Maafkan aku org2 murtad semua….

pss: something to share..aku suka baca artikel tentang murtad di sini

No comments: