pengalaman aku la, nak mendekati manusia yang berhati keras dan berhati batu bukan senang. Jangan pandang rendah sifat-sifat manusia ni. Kalau kita baling kat anjing pun, anjing mesti tak nak gonggong, sebab terlalu keras! He he he...jadi bagi aku, nak mengajar ada banyak alternatif. Nak mendekati seseorang supaya dekat kepada Allah kerja yang amat mulia, tapi kena ada skill. Bukan ikut sedap cita rasa..he he he..masing-masing punya bahagian. Masing-masing punya jalan cerita dalam kehidupan. Kalau semua orang skema ada dekat muka bumi ini, tak menarik lah dunia. Bukanlah di namakan kehidupan kalau tiada bermacam-macam jenis manusia, bermacam-macam jenis sifat manusia...
Sebab itulah kita perlu sentiasa islahkan diri kita sepanjang masa. Jangan sampai terputus mujahadah dalam diri kita. Kalau kita putuskan masa yang renggang itu, akan tertampallah sifat "munafiq" dalam hati kita.
Aku dulu, aku hampir tak percaya Allah SWT. Siap kutuk lagi. Na'uzubillah... Tapi disebabkan sahabat-sahabat aku yang "skema" ni pandai menyamar, pandai mengajak aku (berdakwah) untuk mengingati Allah SWT kembali, maka aku pun nak ikut jejak langkah mereka. Jejak yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW kita sendiri.
Ini soal nak selamatkan akidah generasi muda-mudi seperti aku. Banyak yang masih hanyut. Jadi, nak mendekati mereka ni, perlulah secara halus. Mungkin orang ingat, cara ni seperti taktik Yahudi. Ketahuilah sebenarnya, taktik ni telah ditiru oleh Yahudi dan Nasrani dari kita. Kalau dulu mereka menyebarkan agama mereka melalui kekerasan. Kajilah balik peristiwa keagungan Islam dahulu. Bagaimana Perang Salib yang dilancarkan oleh mereka tidak berkesan? Kerana ummat Islam akan bangkit secara serentak jika diserang dari hadapan. Tetapi jika diserang dari belakang seperti merosakkan akidah pemuda dengan memasukkan teologi Zionis ke dalam hati ummat Islam secara halus, sangatlah berjaya. Kecuali kepada mereka yang mempunyai nilai ketaqwaan yang tinggi. Untuk itu, kita perlu juga memasukkan Islam secara halus.
Islam dahulu dipandang asing. Dan pada zaman ini Islam kembali dipandang asing. Jika dilihat bagaimana golongan awal Islam menyebarkan "risalah", pada permulaannya mereka berdakwah dan mengajar secara tertutup. Mereka menunjukkan akhlak yang mulia kepada kalangan yang masih belum mendapat hidayat.
Menulis artikel dalam blog bukanlah kerja dakwah yang mutlak dan asasi. Selagi kita tak tunjukkan akhlak kita sendiri kepada orang lain, bukanlah dakwah namanya... kalau setakat letakkan punggung atas kerusi tulis artikel, perasan sudah buat dakwah tak payahlah. Itu namanya berangan. Apa kata berdepan jumpa orang yang buat maksiat. Itulah baru dinamakan kesabaran dalam berdakwah!! Setakat tulis dalam blog, bukan berdakwah. Itu namanya mengajar beb...
aku lihat realiti masyarakat kini yang sangat bercelaru dgn Islam, telah menyebabkan pelbagai perkara berlaku.Mereka lupa, bahawasanya pembinaan individu muslim melalui tarbiyah adalah perkara asas bagi menanggani masalah yang berlaku kini. Dakwah adalah methodologi yang perlu diaplikasikan dalam usaha pembinaan individu-individu Islam kini.
Sebenarnya, dakwah adalah perkara wajib dalam Islam yang telah sekian lama kita abaikan.Ramai yang menyangka bahawa dakwah adalah tugas yang terlalu susah dan hanya mampu dilakukan oleh sebahagian kecil manusia. Ada kebenarannya, tapi tidaklah begitu tepat.
Nabi SAW bersabda lebih kurang maksud : Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Dalam hadis yang lain Baginda SAW mengisyaratkan kepada kita bahawa dakwah adalah budaya hidup Islam - Agama itu adalah nasihat.
Manusia diberikan oleh Allah potensi yang berbeza antara seorang dengan yang lain. Perbezaan potensi itu tidak membahagikan manusia kepada dua kelompok; pendakwah dan bukan pendakwah. Sebaliknya ia akan memberikan persembahan dakwah dalam bentuk yang pelbagai, di mana dari satu sudut yang lain akan memberikan hasil dakwah yang cukup maksima.
sama-sama menegur, baru dapat menarik rahmat Allah
sama-sama buat tak tau dan biarkan kesalahan walau sekelumit...pikirlah apa akibatnya..
Siapakah yang bertanggungjawab berpesan-pesan kepada yang baik dan mencegah kepada yang mungkar ?
"SAYA"
walau amalan saya sekecil semut,
walau ilmu saya setitis air di hujung jari,
walau iman saya senipis kulit bawang,
walau dosa saya segunung HIMALAYA
Akhir kata, semua Anbiya a.s dan nabi-nabi telah di hantar untuk buat usaha atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan,:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".
Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, kerana sifat Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati.
Allah s.w.t berfirman, " Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada mereka".
Sunday, June 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment