Apalah gunanya berbangga dengan amalan ugama yang telah di buat? sedangkan kerja yang PATUT di buat belum di buat..
Salah satu tipu daya syaitan yang sangat besar adalah dengan mengharapkan kebaikan besar pada masa yang akan datang, maka kebaikkan kecil yang boleh di lakukan sekarang di tangguh. Syaitan berusaha agar setiap manusia tidak dapat membuat apa-apa kebaikkan walaupun kecil pada masa sekarang dengan berbagai alasan (dan biasanya syaitan berjaya dengan muslihat begini) kerana biasanya, orang yang berharap kebaikkan yang besar pada masa yang akan datang, tidak juga dapat melaksanakannya apabila tiba masanya..
- Berapa ramai yang kata bila ada kereta maka dapatlah aku ke masjid, tapi bila ada kereta masih juga solat di rumah…
- Berapa ramai abang haji yang kata bila ada duit banyak maka barulah aku sedekah, tapi bila dah duit banyak bertukar menjadi haji bakhil?
- Berapa ramai yang tangguhkan dakwah dengan alasan takde ilmu dan belum ‘baik’?
- Berapa ramai yang tunggu 'Negara islam' baru nak amal sunnah Nabi, sekarang tak pe pakai amalan bukan sunnah Nabi sebab Negara belum islam?
- Berapa ramai yang tak nak iktikaf di masjid dan berdakwah pintu ke pintu, semata mata tunggu ulamak mereka buat, baru mereka nak buat?
- Berapa ramai yang tinggalkan sunnah Nabi yang asal, semata mata ulamak mereka tak buat lagi kerana sedang tunggu 'Negara islam'?
Sedangkan hakikatnya kebaikan kecil yang boleh di lakukan sekarang akan menjadi asbab untuk sampai kepada kebaikan yang besar.
Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan dan apa pula yang harus di buat pada masa akan datang.
Saturday, June 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment